Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Cendol Mak Limah Pilihan Utama di Lundu

By 4 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

  Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad/Foto: Razali Ihi

LUNDU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Cuaca panas pada pagi, membuatkan orang ramai yang datang  membuat persiapan dan berkumpul di Dewan Masyarakat Lundu, lokasi Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu singgah di kedai cendol Mak Limah yang terkenal di Lundu.

Cendol enak disajikan saat berbuka puasa pada bulan Ramadan. Minuman dingin ini terkenal dan menjadi minuman dingin khas di Daerah Lundu. Manisnya cendol dapat memberikan tenaga untuk tubuh yang kepenatan oleh sebab cuaca panas.

Cendol Mak Limah ialah satu-satunya cendol yang disukai ramai serta menjadi pilihan penduduk sekitar Lundu setiap hari atau apabila menjelangnya bulan puasa.

Menyebut punca dinamakan cendol Mak Limah kerana dia sahaja yang menjual Cendol di Daerah Lundu.

Pengusaha sebenarnya ialah Halimah Akip, 53 berasal dari kampung Seling, Lundu yang memulakan perniagaannya dengan membuka gerainya di hadapan rumah sahaja sejak 2013.

“Apabila perniagaan semakin dikenali ramai maka saya bertekad untuk membuka dua tempat, satu di depan rumah saya sendiri dan satu lagi berdekatan dengan pasar sayur, Lundu.

“Saya menjual dan mula berniaga dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari. Sambutan memang sangat menggalakkan setiap hari kecuali hari hujan,” ujarnya yang ditemui Malaysiaktif di gerai menjual cendolnya semalam.

Mak Limah sedang menunggu pelanggan

Mak Limah sedang menunggu pelanggan

“Dalam sehari pendapatan dan hasil daripada jualan cendol dapat mencecah lebih RM200. Saya menjual pelbagai jenis cendol iaitu cendol pulut, kacang cendol, cendol jagung susu dan semuanya berharga RM3 segelas manakala ABC saya jual RM1.50 semangkuk,” ujarnya.

Mak Limah menjelaskan dia mengeluarkan modal sendiri untuk permulaannya perniagaannya sebanyak RM350 sebagai permulaan perniagaan.

“Apabila saya hendak bertekad untuk membesarkan perniagaan, saya cuba meminjam daripada Amanah Iktihiar Malaysia dan kini perniagaan semakin maju dan terkenal di daerah Lundu,” ujarnya.

Sementara itu, Linda ak Mamat,20 dari kampung yang tidak mahu dikenali berkata cendol Mak Limah memang sedap dan rasanya sungguh enak sekali.

“Harganya sangat berpatutan dan saiz gelasnya sesuai dengan harga tersebut saya memang selalu membeli cendol Mak Limah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Halimah teruja membuat persiapan menjelang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu esok.

“Kami penduduk di Lundu memang menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon. Beliau mesra dengan rakyat di mana-mana sahaja dan tidak memilih sesiapa sahaja. Tambahan pula, Allahyarham Tok Nan dulu pernah membeli cendol saya.

“Dulu Puan Sri sering bersama-sama Tok Nan turun padang melawat kawasan Tanjong Datu maka penduduk rasa Puan Sri dekat di hati penduduk kerana beliau tidak kekok bergaul dengan penduduk,” ujarnya lagi.

-SF

 

Tinggalkan komen anda