Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Empat Beradik Sertai PSSMM

By 21 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

  Laporan dan Foto : Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya) 

PELABUHAN KLANG, 20 Feb (Malaysiaaktif) – “Kami sertai pasukan ini kerana hendak menjaga kedaulatan negara,” ujar sekeluarga empat beradik yang menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM), semasa tamat  sesi perbarisan di Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 4 Pelabuhan Klang, di sini semalam.

Keempat-empat ahli keluarga ini yang disertai Md. Firdaus  Zulkepli, Hairul Akril, Siti Safiyyah Zulkepli, dan Siti Humairah menyatakan mereka mendapat sumber inspirasi daripada ayah mereka yang merupakan seorang tentera yang berdisiplin tinggi.

Ahmad Puzi (kiri) ketika memeriksa perbarisan anggota PSSMM  sempena pelancaran kumpulan kelima PSSMM  di Pelabuhan klang, semalam

Ahmad Puzi (kiri) ketika memeriksa perbarisan anggota PSSMM sempena pelancaran kumpulan kelima PSSMM di Pelabuhan klang, semalam

Menurut Siti Humairah, pelajar Jurusan Kejuruteraan, menyatakan rasa tangungjawab serta semangat cintakan negara mendorongnya untuk mendaftar.

“Rasa cintakan negara yang membawa saya menyertai pasukan sukarelawan ini,” ujarnya yang ditemui ketika pelancaran kumpulan kelima PSSMM di sini semalam.

Penyertaannya turut didorong oleh ayah mereka, Zulkepli Hamid yang kini berkhidmat sebagai pegawai Maritim Malaysia.

Zulkepli merupakaan seorang bekas tentera laut yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang elektrik dan elektronik dan kini sudah hampir 9 tahun menyertai Maritim Malaysia.

“Kesemua anak-anak saya berminat dalam perkhidmatan awam yang menjaga keselamatan negara dan saya menggalakkan menyertai PSSMM ini kerana ianya dapat memberikan pengalaman bermakna serta memberi ruang pekerjaan di masa hadapan,” ujar pesara tentera yang telah berkhidmat selama 22 tahun ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar, menyatakan bahawa pihak Maritim Malaysia mensasarkan kira-kira 5000 orang untuk menyertai pasukan PSSMM.

Bagi merealisasikan hasrat ini, PSSMM akan menjalani beberapa latihan berperingat meliputi latihan seperti perbarisan, ceramah, renang dan selam, latihan menyelamat, latihan pengendalian dan penyelenggaraan kapal/bot agensi serta latihan rondaan dan pemeriksaan kapal/bot dagang.

 

-SH

Tinggalkan komen anda