Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Futsal Galak Erat Hubungan ‘Anok Marang Kiter’

By 11 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan / foto : Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah (Marang)

MARANG, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Kumpulan ‘Anok Marang Kiter’ sekali lagi berjaya menganjurkan satu pertandingan futsal yang melibatkan anak-anak daerah Marang.

Sebanyak 8 kumpulan futsal yang terdiri daripada 40 orang peserta berentap untuk merebut kejuaraan.

Sebahagian daripada 'Anok Marang' yang terlibat

Sebahagian daripada ‘Anok Marang Kiter’ yang terlibat

Pertandingan ini dianjurkan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk sekitar Marang.

Kumpulan ini yang diterajui Ahmad Kamarozaman Sulong berkata, “kumpulan ini bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti kesukarelawan serta menganjurkan pelbagai aktiviti termasuklah pertandingan futsal yang dianjurkan pada hari ini khas untuk anak Marang sahaja.’

Persatuan ini juga berjaya mengumpulkan hampir 200 ahli dalam Program Jalinan Mesra Hari Keluarga Anok Marang Kiter pada Januari lepas.
Walapupun tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak serta bergerak secara sendiri, pihak penganjur tetap komited dalam menjayakan setiap program yang diadakan.

Diharapkan dengan kewujudan kumpulan seperti ini, dapat menjadi ‘role model’ kepada anak muda serta belia di luar sana untuk terus aktif berpesatuan serta mengekalkan hubungan baik sesama ahli.

Dalam masa yang sama juga, ahli Grup Anok Marang Kiter sedang merancang untuk mengadakan gotong- royong Masjid Limau Nipis di Alor Limbat Marang pada Mac nanti.

 

-SH

Tinggalkan komen anda