Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Anna Sii Tong Pei Juara Cipta Logo CMEA

By 2 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)
KUCHING, 2 Mac (Malaysiaaktif)- Pereka multimedia, Anna Sii Tong Pei yang mencipta Logo dan Tema 7th Sarawak Chief Minister’s Environmental Award 2015/2016 (CMEA) diumumkan sebagai juara semasa majlis anugerah CMEA di Hotel Imperial, semalam.

Anna yang bekerja di Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 2,000, piala dan sijil penyertaan.

Menurut Anna, dia berasa sangat gembira sekali kerana ciptaannya berjaya mengetepikan peserta lain.

“Memang saya tidak menyangka saya akan menang dalam pertandingan ini kerana pada mulanya saya hanya sekadar hendak mencuba bakat saya dalam mencipta logo.

“Logo CMEA tersebut mementingkan pelbagai kriteria termasuklah alam sekitar, ekonomi, pembangunan, perhutanan dan lain-lain lagi.

“Saya cuba menghantar dua logo dan salah satunya telah terpilih sebagai juara,” katanya kepada Malaysia Aktif selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

“Dengan kejuaraan ini, pada akan datang saya akan mencuba lagi untuk mengikuti mana-mana ciptaan demi untuk memberisemangat diri saya agar saya lebih berminat dan memberi idea baharu,” jelasnya.

Orang ramai yang turut hadir dalam majlis Anugerah 7th Sarawak  Chief Minister's Environmental 2015/2016 di Hotel Imperial

Orang ramai yang turut hadir dalam majlis Anugerah 7th Sarawak Chief Minister’s Environmental 2015/2016 di Hotel Imperial

Sementara itu, wakil penganjur, Justine Jok Jau Emang menyatakan Anugerah CMEA ketujuh tahun lepas disertai seramai 39 peserta yang bersaing dalam enam kategori utama melibatkan jenis skala yang terbuka kepada umum.

“Pada mulanya memang susah hendak menilai reka logo daripada 39 orang peserta, oleh sebab kerjasama dari agensi lain yang membantu untuk dipanggil menilai sama-sama maka penolakan sedikit demi sedikit maka pada akhirnya logo ciptaan Anna adalah yang terbaik kerana mengikut kriteria yang dikehendaki.

“Keputusan ini bukan dinilai oleh pihak NREB sahaja malah ada agensi lain turut serta untuk menilainya dan persetujuan sekata daripada agensi yang sedia ada maka logo Anna yang kami pilih,” jelasnya.

Anugerah Natural Resources and Environment Board (CMEA) Sarawak dianjurkan bersama Lembaga Sumber Asli dan AlamSekitar (NREB) dan Dewan Perdagangan dan PerindustrianSarawak (SCCT) dengan kerjasama agensi serta kementerianlain.

CMEA adalah untuk menghargai usaha menjaga alam sekitar dan komitmen industri, pihak berkuasa tempatan, individu atau wartawan yang menunjukkan contoh untuk diteladani ramai.

Ketegori yang dipertandingkan kali ini termasuk pembuatan, telekomunikasi, pembekalan elektrik, pembunagan sisa, bekalan air, logistik, pembinaan perladangan, tuaian hutan, kuari, lombong, perkapalan, minyak dan gas.

SF

Tinggalkan komen anda