Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Berubah Mula dari dalam Diri

By 28 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Lim Ann Teck / Foto: Noor Zaini Ali

MELAKA, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Legasi kepimpinan terdahulu haruslah diteladani. Slogan ‘Don’t Mess with Melaka’ (Jangan Kotorkan Melaka) yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mula diamalkan oleh kepimpinan kerajaan negeri serta rakyat Melaka.

Ramai masyarakat luar yang melawat Melaka kagum apabila melihat ada rakyat Melaka mengutip kertas dan simpan dalam poket baju mereka.

Amalan ini sudah menjadi satu kebiasaan kepada rakyat Melaka tetapi ia merupakan suatu yang luar biasa kepada bukan rakyat Melaka.

Golongan belia yang hadir di Sesi Dialog TN50

Golongan belia yang hadir di Sesi Dialog TN50.

Menurut Idris, kerajaan negeri sentiasa mencari, dan secara berterusan, membuat penambahbaikan dalam pelbagai bidang untuk menyediakan suasana kehidupan yang selesa kepada rakyat.

“Di Melaka, kita wujudkan Transformasi Melaka 50 (TM50) untuk rakyat negeri ini. Untuk memajukan diri, perubahan harus bermula dari dalam diri kita sendiri,” ujarnya ketika mempengerusikan Majlis Dialog ‘Masa Depan Negaraku: Malaysia TN50’ yang diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.

Ketibaan Idris Haron dan Khairi Jamaluddin

Ketibaan Idris Haron dan Khairi Jamaluddin disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin, yang turut hadir, menjelaskan Transformasi Nasional (TN50) merupakan platform yang disediakan kerajaan bagi mendapatkan cadangan dan pandangan rakyat, khususnya golongan belia, untuk mencorak masa depan negara yang diingini.

Kira-kira 2,000 belia dari persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, insitusi pengajian tinggi awam dan swasta, kolej dan sekolah menengah dari seluruh negeri Melaka hadiri sesi dialog ini.

Faezah SyuhadaSeorang belia yang ditemui, Faezah Shuhada Mohd Fadzil, 21, yang merupakan pelajar tahun dua Pengajian Perhubungan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Melaka, Lendu, berasa amat teruja kerana dapat hadir menyaksikan secara langsung dialog TN50 yang diacarakan sendiri oleh Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan.

“Saya lebih faham sekarang mengenai TN50. Sebelum ini saya kurang pasti apa matlamat TN50 dan sekarang saya lebih faham dan jelas mengenainya.

Manakala, seorang doktor di Hospital Melaka, Dr. Azri Aris, 30, berharap dengan TN50, kerajaan dapat menguatkuasakan pemakanan sihat kepada rakyat negara ini.

“Kita akan menjadi negara maju pada tahun 2020. Namun, jangka hayat rakyat Malaysia sekarang hanya sekitar 75 tahun berbanding jangka hayat rakyat negara maju yang mencecah melebihi 80 tahun.

Dr. Azri Aris

Dr. Azri Aris

“Justeru itu, dalam 30 tahun akan datang, kerajaan perlu menerapkan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mengamalkan makanan seimbang dalam kehidupan seharian selain menerapkan amalan bersukan,” tegasnya.

Nurul SyafinazSeorang lagi belia yang ditemui, Nurul Syafinaz Azaha, 20, berasa amat gembira apabila sesi dialog seumpama ini tidak mengetepikan golongan belia dalam memberi idea serta pandangan dalam usaha membina masa depan negara.

“Saya percaya TN50 akan mampu menghasilkan suasana kehidupan yang aman sejahtera kerana kita merupakan sebahagian daripada pembina dasar kerajaan,” katanya yang juga merupakan pelajar UiTM Kampus Melaka, Lendu.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda