Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

UTC Kelantan Mudahkan Urusan Lebih 35.5 Juta Rakyat

By 13 Mac 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan /foto oleh : Robani Nabi Ahmad/ Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Dianggarkan kira-kira 35.5 juta rakyat di sini menggunakan perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan sejak ia mula beroperasi 4 Oktober 2016 yang lalu. Ianya juga antara yang beroperasi setiap hari bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 malam.

UTC yang beroperasi di bangunan tiga tingkat ini menempatkan 27 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan  di bawah satu bumbung hasil usaha kerajaan pusat dan negeri.

“UTC pertama adalah di Melaka yang diwujudkan pada 2012 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat bandar juga luar bandar dalam usaha membantu rakyat berurusan dengan pelbagai pihak yang menyediakan pelbagai perkhidmatan,” ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan UTC Kelantan semalam.

Seorang ibu tunggal, Rogayah Mat Ali, 57, menyifatkan kemudahan yang ditawarkan di UTC memudahkan warga emas sepertinya bergerak daam suasana selesa kerana ia dilengkapi pelbagai kemudahan.

Abdullah Muhammad, 45, dari Padang Tembesu pula berkata, kemudahan seperti klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pusat Belia, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain agensi berkhidmat dibawah satu bumbung memudahkan untuknya dan rakyat berurusan disini.

“UTC juga keluar dari kepompong perkhidmatan awam dengan memberi perkhidmatan keada rakyat sehingga pukul 10 malam termasuk hujung minggu,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

 

-SH

Tinggalkan komen anda