Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lumbak Perahu Bidar Salui Lukut Semakin Popular di Mukah

By 23 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Lumbak Perahu Bidar Salui Lukut anjuran bersama oleh SABERKAS Jourdania, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Judan Hilir, KRT Judan Hulu dan  Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Mukah mendapat sambutan hangat oleh para belia.

Menurut Ramlah Bohari, pengerusi bahagian publisiti perlumbaan memberitahu bahawa objektif program yang mereka anjurkan di Kampung Judan kali ini tercapai dan mendapat sambutan meriah daripada orang ramai dan peserta perlumbaan salui lukut terutamanya para belia yang berada di Mukah.

“Antara lain ialah untuk memenuhi masa lapang para belia dan disamping itu untuk merapatkan silaratulrahim dan kerjasama daripada kampung-kampung berdekatan untuk menjauhkan belia agar tidak terjebak dalam genjala yang tidak berfeadah seperti dadah, gejala sosial dan sebagainya,” jelas beliau semasa ditemui oleh Malaysiaktif hujung minggu lalu.

Peserta bergambar beramai-ramai di tepian pantai Kuala Sungai Kampung Judan di sini.

Peserta bergambar beramai-ramai di tepian pantai Kuala Sungai Kampung Judan di sini.

Beliau menjelaskan sebanyak 250 bidar lukut dari sekitar Mukah dan Dalat ikut serta dalam perlumbaan tersebut yang diadakan di Litar Bidar Lukut, sepanjang 75 meter dan memiliki 10 lorong.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu peringkat juara-juara dan peringkat harapan. Johan masing-masing memenangi wang tunai RM400.00 dan RM100.00, tempat kedua RM200.00 dan RM100.00 dan tempat ketiga RM100.00 dan RM70.00 beserta piala dan hamper.

Peringkat juara-juara bagi tempat pertama dimenangi oleh perahu bidar lukut Kipas Sakti Satu milik Hafizul Zaini, tempat kedua Angsa Emas milik Surahim Zaini, Ketiga Shy Bee Telew milik Ajid Sairi.

Hafizul Zaini yang memiliki perahu bidar lukut Kipas Sakti Satu, berkata aktiviti seperti ini sangat baik agar para belia dapat bergumpul bersama dan mengenali antara satu sama lain di samping itu belia dapat leka dalam hobi masing-masing dan mereka juga dapat menjauhi kerja yang tidak berfaedah dalam kampung mereka.

Manakala Surahim Zaini berkata “walaupun kami mengeluarkan modal sedikit untuk membuat perahu ini namun persahabatan antara belia dari kampung lain dapat merapatkan setia kawan antara satu dengan yang lain di samping itu kami pun dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dalam membentuk belia agar tidak terjerumus dalam gejala negatif,” jelasnya.

Bagi acara perlumbaan kategori Harapan, tempat pertama menjadi milik Ribut Petir milik Syiling Lukut Club, tempat kedua dimenangi oleh X Babeng milik Abdul Razak, tempat ketiga Wira Angkasa milik Zulkifli Zul Abdullah dan keempat dimenangi oleh Rasa Sayang Satu milik Hasnul Jafar.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh  Konselar Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) selaku Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak, Johann Harris Sulaiman Sahari.

Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut Konselar Moon Idal, Pegawai AADK, Felynora Na, serta Penghulu Kampung Judan Mukah, Jeraee Tagasan.

-SH

Tinggalkan komen anda