Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Waqf Ilmu: Sumbangan Sektor Korporat Bantu Pelajar Cemerlang Kurang Kemampuan

By 9 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 9 Mei (Malaysiaaktif) – “Program Waqf Ilmu merupakan usaha Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membantu pelajar universiti tersebut yang cemerlang dalam pelajaran, namun menghadapi masalah atau latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.”

Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata demikian semasa ditemui selepas Majlis Aprisiasi IIUM Endowment Fund (IEF) di Dewan Banquet, UIAM kampus Gombak, petang semalam.

“Program ini diuruskan oleh IIUM Endowment Fund (IEF) yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab mengumpul dana membantu pelajar-pelajar UIAM melalui sumbangan individu dan badan-badan korporat.

“Tahun 2017, IEF telah dapat mengumpul dana secara keseluruhan sebanyak RM10 juta hasil sumbangan lebih 20 agensi dan sektor korporat iaitu peningkatan hampir 15 peratus berbanding tahun lalu,” ujarnya.

Tahun 2017, IEF dapat mengumpul dana RM10 juta hasil sumbangan lebih 20 badan korporat - Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin

“Tahun 2017, IEF dapat mengumpul dana RM10 juta hasil sumbangan lebih 20 badan korporat.” – Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin

Pada majlis tersebut, UIAM menerima sumbangan daripada AmBank Islamic berjumlah RM86,400 dan Bank Islam berjumlah RM50,000 serta 40 buku rujukan kewangan Islam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee menjelaskan sumbangan yang diberikan syarikat korporat tersebut menunjukkan Kumpulan AmBank memainkan peranan bagi memastikan pelajar mempunyai dana kewangan mencukupi dan menumpu perhatian terhadap pelajaran.

“Ini kerana pendidikan ialah hak semua, tanpa mengira latar belakang keluarga. Sumbangan ini diharap membantu pelajar yang layak dan agar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka di UIAM dan tidak terganggu dengan masalah kewangan,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan UIAM sebagai salah sebuah universiti yang mendapat sumbangan ialah kerana universiti tersebut bertaraf antarabangsa dan kursus yang ditawarkan pula relevan kepada sektor perbankan serta pembangunan negara.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda