Skip to main content
Berita TempatanSabah

Teknologi Digital Pemacu Industri Perniagaan

By 8 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto: Diana Dominic (Sabah)

KOTA KINABALU, 8 Mei (Malaysiaktif) – Teknologi digital memainkan peranan penting dalam memacu industri perniagaan pada masa ini.

Menurut Perunding Perniagaan, Terry Teo, corak pasaran kini berubah mengikut perkembangan teknologi yang banyak menggunakan digital eko-sistem melibatkan m-Commerce dan e-commerce.

“Peranan teknologi digital memang penting dalam persekitaran perniagaan semasa.

“Aspek penting dalam teknologi digital ialah data Internet yang digunakan untuk berhubung dengan para peniaga secara global,” katanya melalui telesidang perkongsian ilmu yang berlangsung di Menara Wibawa, Kampus UiTM Sabah, pada Ahad.

Seminar yang berkangsunt

Seminar yang berlangsung di Kampus UiTM Sabah

Terry yang? sudah 18 tahun menetap di Chicago, Amerika Syarikat mengadakan telesidang bersama 20 siswazah yang mengikuti seminar bertajuk Isu-Isu Perniagaan Global.?

Sementara itu, Pensyarah Kanan UiTM Shah Alam yang juga ?p?enyelaras program, Dr Carol Teo menjelaskan seminar tersebut merupakan antara program yang wajib dijalankan untuk pendedahan kepada para bakal graduan berkaitan dengan keadaan semasa yang berlaku kini.

“Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada bakal graduan membincangkan serta berkongsi pengalaman tentang cara penggunaan teknologi dalam memandu strategi perniagaan yang menggalakkan inovasi dan pertumbuhan masa depan dalam organisasi atau industri secara keseluruhannya.

“Isu-isu berkaitan dengan cabaran, isu strategi dan perkara yang berhubung kait dengan pendigitalan perniagaan dan dalam dunia Internet,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Sabah, A. Rashid Mohd. Zain turut berkongsi tentang peranan Matrade membantu para peniaga memasarkan produk mereka di luar negara dengan tajuk ceramahnya ‘Memacukan Eksport Anda melalui E-Trade Program’.

Rashid menggalakkan para usahawan untuk mendaftar syarikat dengan Matrade bagi mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan pemasaran di peringkat antarabangsa.

Sylvia (tengah), pengusaha MAMA Florist

Sylvia (tengah), pengusaha MAMA Florist

?Pada masa sama, usahawan gubahan bunga, Sylvia Pius ?juga? berkongsi pengalaman? perniagaannya iaitu ‘MAMA Florist’ yang diusahakan sejak lima tahun lepas.

“Perniagaan ????saya banyak dibantu oleh teknologi internet pada masa? ?ink. Impak teknologi memberi saya peluang menyebarluaskan perniagaan saya sehingga ke luar negara,” katanya.

Seminar tersebut diadakan oleh Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah dengan kerjasama penuntut sarjana separuh masa Ijazah Pentadbiran Perniagaan Eksekutif? (EMBA).

Turut hadir Ketua Pusat Pengajian Siswazah UiTM Sabah, Professor Madya Dr Imbarine Bujang dan Koordinator Program Sarjana, Dr Nabila Azwa Ambad.

SF

Tinggalkan komen anda