Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Hanya 20 Peratus Anggota Bomba Dibenarkan Pulang Beraya

By 19 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Jun (Malaysiaktif) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), komited dalam memastikan aspek keselamatan diberi penekanan menjelang musim perayaan ini.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Wan Mohd. Nor Ibrahim, hanya membenarkan sebanyak 20 peratus daripada lebih 13 ribu anggota terlibat operasi untuk bercuti pulang ke kampung bagi mengekalkan kekuatan operasi di balai supaya tidak terjejas.

Wan Mohd. Nor menasihati orang ramai untuk memastikan aspek keselamatan diutamakan.

Wan Mohd. Nor menasihati orang ramai untuk memastikan aspek keselamatan diutamakan.

“Kebanyakkan anggota bomba ini mempunyai giliran untuk mereka bercuti pulang ke kampung semasa musim perayaan. Mungkin tiga atau empat tahun sekali barulah sampai giliran mereka untuk pulang,” ujarnya lagi.

JBPM menasihati seluruh rakyat terutamanya bagi mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing agar beri perhatian kepada aspek keselamatan khususnya kebakaran dan jalan raya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Wan Mohd. Nor berkata jabatan bomba sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk memastikan kediaman atau bangunan yang ditinggalkan sempena musim perayaan ini berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Antara aspek yang diberi penekanan ialah aspek kebakaran rumah-rumah kediaman mahupun bangunan dan juga aspek keselamatan di jalan raya.

“Kita melihat kejadian-kejadian kemalangan jalan raya yang sangat tragik dan menyedihkan berlaku semasa perjalanan pulang ke kampung dan semasa musim perayaan. Sekiranya kita mengambil sikap yang betul, mungkin insiden sebegini dapat dielakkan.

Anggota bomba bertungkus lumus menyediakan lebih 2000 peket bubur lambuk untuk diagihkan kepada agensi-agensi berdekatan.

Anggota bomba bertungkus lumus menyediakan lebih 2000 peket bubur lambuk untuk diagihkan kepada agensi-agensi berdekatan.

“Selalunya apa yang berlaku ialah sikap tidak sabar pemandu yang hendak cepat, tidak bertolak ansur dengan pemandu-pemandu lain. Dalam musim perayaan ini seeloknya kita bertolak ansur, lebih berhati-hati bagi mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui melawat persiapan memasak bubur lambuk di Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini siang tadi.

Wan Mohd Nor turut mengulas insiden kebakaran yang berlaku di pangsapuri Grenfell Tower, Barat London yang meragut banyak nyawa itu.

“Kejadian seumpama ini boleh berlaku di mana-mana, sekiranya kejadian tersebut boleh berlaku di negara yang amat menitik beratkan soal keselamatan, maka tidak mustahil boleh juga berlaku kepada kita di sini sekiranya kita tidak memberi perhatian serius tentang aspek keselamatan.

“Sebenarnya bangunan di Malaysia semuanya sudah dilengkapi dengan segala peralatan dan peraturan-peraturan tertentu, tetapi yang pentingnya adalah bagi memastikan keselamatan, peralatan-peralatan digunakan harus di jaga dengan baik,” sarannya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda