Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Kanak-kanak Cilik Meriah Sambut KMN 2017 Kg Sungai Pial

By 22 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA MUDA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Kampung Sungai Pial merupakan destinasi ke-25 Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 yang memasuki hari kesepuluh, hari ini.

Seramai 22 kanak-kanak cilik dari Tabika KEMAS Kampung Sungai Pial meriah mengibarkan Jalur Gemilang menyambut ketibaan konvoi 17 kenderaan dan 30 motosikal berkuasa besar KMN 2017.

Murid-murid Tabika KEMAS Kampung Sungai Pial mengibarkan bendera bagi menyambut kedatangan konvoi KMN 2017.

Murid-murid Tabika KEMAS Kampung Sungai Pial mengibarkan bendera bagi menyambut kedatangan konvoi KMN 2017.

Menurut guru pengiring mereka, Zahriyah Hashim, 54, kanak-kanak ini yang berumur dari lima hingga enam tahun telah diajar dari mula mereka masuk tabika untuk menyayangi bendera Malaysia.

“Mula-mula mereka masuk tadika kita dah ajar dah untuk hormat bendera, baca ikrar Rukun Negara. Kita terangkan kepada mereka tentang bendera Malaysia, hormati bendera

“Selepas itu, kita terangkan warna pula kepada mereka, putih untuk apa, merah apa. Bila ditanya ada berapa warna? Mereka akan menjawab, empat warna,” ujarnya.

Guru Pengiring Tabika KEMAS Kampung Sungai Pial, Zahriyah Hashim, 54.

Guru Pengiring Tabika KEMAS Kampung Sungai Pial, Zahriyah Hashim, 54.

Ditanya mengenai persiapan sambutan kemerdekaan tahun ini, Zahriyah berkata sebelum tibanya hari merdeka, mereka akan membuat persiapan menghias tadika dengan bendera Malaysia.

“Untuk kali ini, memandangkan cuti hari kemerdekaan kali ini juga bersambung dengan Hari Raya Aidiladha, kami akan membuat sambutan pra-merdeka dengan waris-waris kanak-kanak ini melalui aktiviti gotong-royong, pasang bendera dan pertandingan mewarna,” jelasnya yang telah 32 berkhidmat dengan KEMAS.

WhatsApp Image 2017-08-22 at 1.42.24 PM

Kampung Sungai Pial ini merupakan destinasi ke-24 daripada 50 lokasi terpilih seluruh negara konvoi KMN 2017 yang melibatkan seramai 107 peserta daripada jabatan serta agensi kerajaan dan swasta.

Tinggalkan komen anda