Skip to main content
Berita TempatanSabah

Harap Anak Barisi Pertahanan Negara

By 2 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Nur Effa Maruf (Sabah)

KOTA KINABALU, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Bagi menyemai rasa cinta kepada negara, Muhammad Fadillah Tengah, 32, tekad membawa anak bongsunya, Muhammad Fahrin, 6, ke Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2017.

Staf Sarjan di 71 Woksyop Divisyen Kem Lokawi itu keluar bersama anaknya yang bersiap seawal 4.30 pagi dengan mengenakan pakaian sedondon, celoreng Angkatan Tentera Darat.

“Hari ini ialah pengalaman pertama Fahrin untuk saksikan sendiri perbarisan dan perarakan yang dia lihat dalam televisyen sebelum ini.

Fahrin (kiri) didukung oleh ayahnya, Fadillah (kanan)

Fahrin (kiri) didukung oleh ayahnya, Fadillah (kanan)

“Sebab itu dia sangat teruja sampai sanggup bangun awal pagi dan tidak sabar untuk memakai celoreng yang saya ubah suai sendiri.

“Sejujurnya, bila nampak dia memakai celoreng walaupun bukan celoreng sebenar, rasa bangga itu melekat dalam hati. Say harap dia juga akan membarisi pertahanan negara bila dewasa nanti,” ujarnya.

Menurut Fadillah, sebagai bapa dan anggota keselamatan, dia berusaha untuk menyemai sebanyak mungkin rasa cinta akan negara dalam diri anak-anaknya.

“Salah satu cara saya adalah dengN membawa mereka ke acara-acara rasmi negara, selain membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah agar mereka tahu asal usul serta sejarah negara ini.

“Di rumah, saya ada menyediakan bahan bacaan bergambar tetapi sejak dua atau tiga minggu lepas, Fahrin minta saya dapatkan buku berkaitan bendera.

“Fahrin budak yang bijak dan rajin bertanya kepada dua lagi kakak serta ibu mereka. Soalan selalunya berkaitan bidang keselamatan dan sayalah yang menjadi mangsa hingga kadangkala susah untuk saya jawab,” ujarnya sambil tertawa.

Dia berkata demikian apabila ditemui selepas menyertai perbarisan bersempena hari kebangsaan peringkat Sabah di Jalan Tun Fuad Stephen pada Khamis.

Anak jati berasal dari Kelantan itu turut menitipkan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia agar menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.

SF

Tinggalkan komen anda