Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jabatan Tanah dan Survei Juara Lagi

By 9 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad/Parno Selamat (Sarawak)

KUCHING, 9 Sept (Malaysiaktif) – Jabatan Tanah dan Survei muncul juara sekali lagi apabila mengalahkan 80 kontinjen lain dalam acara Istiadat Perbarisan dan Rapat Rasaksa sempena sambutan Hari Jadi ke-81 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2017, di Celebration Square, yang berlangsung di sini, siang tadi.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, dengan kekuatan 44 orang peserta yang diketuai Mohamad Fauzi Mohamad menjadi juara bagi kategori badan beruniform manakala kontinjen badan bukan beruniform dimenangi oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak dan menerima wang tunai sebanyak RM2,500.

Naib juara disandang oleh kontinjen Lembaga Kemajuan Bintulu dan tempat ketiga dimenangi kontinjen dari Dewan Bandaraya Kuching Utara bagi badan beruniform, manakala Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak dan Yayasan Sarawak di tempat kedua dan ketiga bagi kategori badan bukan beruniform dan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 dan RM1,000 untuk tempat kedua dan ketiga.

Awg Zahari turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan bertanding.

Awg Zamhari turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan bertanding.

Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Tanah dan Survei, Awg Zamhari Awg Mahmood, menjelaskan faktor utama kejayaan ini adalah semangat berpasukan dan disiplin yang kuat.

“Pasukan kami terdiri daripada setiap bahagian di Sarawak dan latihan memang cukup mencabar kerana ahli adalah dari kawasan berlainan maka untuk menentukan masa untuk berlatih adalah agak terhad,” ujarnya.

Ini adalah kemenangan kali kedua Jabatan Tanah dan Survei dalam tahun ini apabila turut menjuarai perbarisan minggu lepas sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri.

Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Menteri, Hamdan Hj Sharbini yang juga urusetia induk sambutan berkenaan menjelaskan walaupun cuaca pada mulanya tidak begitu mengizinkan namun bersyukur bila tiba masanya cuaca bertambah baik sehingga tamatnya upacara.

Perbarisan Istiadat Perbarisan Dan Rapat Rasaksa diketuai oleh Pegawai Memerintah 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Leftenan Kolonel Ismahizan Ishak.

-SH

Tinggalkan komen anda