Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

R&R Ayer Keroh Juara Pertandingan R&R Berhias Terbaik

By 15 September 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan foto oleh: Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

SUBANG, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh (Arah Selatan) hari ini diangkat sebagai Juara Pertandingan R&R Berhias Terbaik anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Persada PLUS Subang, di sini.

Menurut Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim, PLUS menganjurkan Pertandingan Kawasan Rehat Berhias Terbaik sejak 16 Ogos yang lalu bersempena Kempen #Negaraku #JiwaiRukunNegara.

Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim

Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim

“Pertandingan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme dan jiwa merdeka dalam kalangan rakan niaga R&R, pengguna lebuh raya PLUS dan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tambah Mohd Sheriff, pihak PLUS juga telah memasang visual Rukun Negara di semua R&R PLUS.

“Selain itu, PLUS turut bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia mengadakan pameran bertemakan Rukun Negara dan Kemerdekaan Negara di Galeri Jejantas Sungai Buloh,” katanya lagi.

Beliau ditemui di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawasan Rehat Berhias Terbaik dan Peraduan InstaVideo #JiwaiRukunNegara #PLUSDiSisiAnda, di sini.

Semua tetamu turut melafazkan ikrar lima Prinsip Rukun Negara pada majlis tersebut.

Semua tetamu turut melafazkan ikrar lima Prinsip Rukun Negara pada majlis tersebut.

R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 beserta sijil.

Tempat kedua dan ketiga memihak kepada Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) dan R&R Sungai Perak (Arah Utara) dengan masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM8,000 dan RM6,000.

Sementara itu, Peraduan InstaVideo #JiwaiRukunNegara #PLUSDiSisiAnda menyaksikan Mohd Bakri Talib dari Keramat, Kuala Lumpur berjaya dinobatkan sebagai pemenang utama dan menerima hadiah wang tunai berbentuk Akaun Simpanan SSPN-i.

Peraduan ini dianjurkan melalui Instagram PLUS_Malaysia sejak 21 Ogos sehingga 4 September lalu.

Turut hadir, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda