Skip to main content
Berita TempatanSabah

SK Sinulihan Baru Semai Semangat Hari Malaysia

By 16 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Wenny Di Tian Soh (Sabah)

KENINGAU, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Walaupun rasa kecewa hasrat ingin melihat dan bersama ribuan rakyat Sabah menyambut Hari Malaysia di ibu kota terhalang berikutan jarak yang jauh tetapi tidak mematahkan semangat untuk turut diraikan di Sekolah Kebangsaan Sinulihan Baru di sini pada Jumaat.

Guru Besar, Aziz Duali berkata tahun ini cukup bermakna kerana Sabah ialah tuan rumah sambutan Hari Malaysia, rasa hati ingin bersama para pelajar melihat dan menyambutnya bersama rakyat Sabah tapi sukar untuk ke sana kerana kos yang tinggi tapi ini tidak bermakna tidak boleh di sambut di sini.

Pertandingan reka cipta jalur gemilang pada program terbabit.

Pertandingan reka cipta jalur gemilang pada program terbabit.

“Setiap tahun sambutan Hari Malaysia ini diadakan untuk kita tidak lupa menghargai dan mengenang jasa pejuang Kemerdekaan Negara.

Jelasnya, kita perlu menghayati pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu sehingga terbentuknya negara tercinta ini.

“Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain semata-mata untuk memerdekakan negara kita.

“Jasa mereka patut dikenang bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Tambahnya, dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita perlu sedar dan berazam untuk mempertahankan negara ini sampai bila-bila.

“Sehubungan itu, kami mengadakan sambutan Hari Malaysia di peringkat sekolah untuk menerapkan rasa cinta di kalangan pelajar sekolah terbabit,” katanya semasa merasmikan Program Perarakan Sambutan Hari Malaysia Peringkat sekolah terbabit.

Katanya lagi, pelajar harus dipupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di sekolah.

“Contoh salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar, termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, buli dan sebagainya.

“Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi para pelajar ini harus didedahkan kepada cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik.

Jelasnya lagi, mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme.

“Untuk merealisasikan impian ini, selain guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting untuk mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air,” tambahnya.

Pelbagai aktiviti pengisian telah diadakan sepanjang program ini iaitu, Pertandingan Reka Cipta Jalur Gemilang, Pertandingan Mewarna Bendera Jalur Gemilang, Pertandingan Busana Kemerdekaan, Pertandingan Perarakan antara kelas dan Konvoi unit bergerak Jabatan Penerangan Keningau.

SF

Tinggalkan komen anda