Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Batasan Geografi Bukan Lagi Halangan – Jamil Khir

By 27 Oktober 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Ruhamin Ramli & Nasiron Hashim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Malaysiaaktif) – “Batasan Geografi bukan lagi halangan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika melancarkan portal GoUmrah.travel di sebuah hotel, di sini semalam.

Jamil Khir mengucapkan tahniah atas penubuhan portal GoUmrah.travel sebagai portal umrah pertama di dunia.

Menurut beliau lagi, GoUmrah.travel merupakan kaedah terbaik pada masa ini kerana belum ada lagi syarikat yang seumpama mengendalikan umrah secara online.

“Ini merupakan satu contoh inisiatif yang baik kerana dapat memberi pulangan yang baik kepada sektor pelancongan, khususnya dalam pengendalian umrah.

“GoUmrah.travel jika diuruskan dengan baik akan menjadi pengendali yang terbaik bukan sahaja di Malaysia, malah sebagai contoh di peringkat dunia pada masa akan datang,” katanya.

Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berucap melancarkan portal GoUmrah.travel, di sini semalam

Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berucap melancarkan portal GoUmrah.travel, di sini semalam

Melalui portal ini, bakal jemaah boleh membuat tempahan umrah dalam talian mengikut kos dan jadual sendiri tanpa terikat dengan jadual agensi mengikut pakej umrah konvensional.

Ini adalah termasuk menempah penerbangan, hotel, jadual umrah termasuk tempoh berada di tanah suci dan insurans, sebelum urusan visa yang yang akan dikendalikan muassassah (agensi umrah di Arab Saudi).

Portal yang dikendalikan oleh syarikat agensi pelancongan, Kumpulan Sri Sutra Travel ini boleh dilayari di www.goumrah.travel.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Sri Sutra Travel, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syef Mohd. Razif Al Yahya.

– AH

Tinggalkan komen anda