Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

ISTAC Hab Rujukan Pengajian Dunia Melayu dan Tamadun Islam

By 27 Oktober 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Shahfuri Saidan & Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini boleh berbangga dan menjadi hub rujukan apabila mempunyai Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini semalam.

Kewujudan institut ini akan memajukan agenda pengajian Ketamadunan Islam dan Dunia Melayu untuk merancakkan lagi penyelidikan serta aktiviti-aktiviti akademik mahupun bukan akademik dalam bidang-bidang pengajian yang ditawarkan.

Gimik perasmian menandatangani plak oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Gimik perasmian menandatangani plak oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata “Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) mengkhususkan sejarah sejagat umat Islam terutama berkisar tentang negara Timur Tengah.”

“Namun kini telah ditukar nama kepada Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu agar dapat digandingkan tamadun Islam dan tamadun Melayu secara serentak dan melahirkan ramai cendiakawan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zahid menegaskan agar nama ISTAC tesebut dikekalkan kerana telah terkenal di seluruh dunia.

Replika cek sumbangan oleh Yayasan Azman Hashim

Replika cek sumbangan oleh Yayasan Azman Hashim

Selain itu, Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada ISTAC dalam merancakkan lagi penyelidikan serta aktiviti- aktiviti akademik.

“Institut ini juga bertindak sebagai hub pelbagai jaringan dan persefahaman di antara institusi-institusi yang memiliki kecenderungan yang serupa di rantau Nusantara dan yang luarnya.

“Selain itu ia juga akan melibatkan pengajian akademik yang memperlihatkan keperluan semasa umat Islam seperti perbankan Islam dan teknologi halal,” katanya lagi.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung pemberian sumbangan daripada Yayasan Azman Hashim dan Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia dan Indonesia (YIRMI), masing-masing menyumbangkan sebanyak RM500 ribu kepada ISTAC.

– AH

Tinggalkan komen anda