Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Integrasi Melanau Sumbang Pembangunan, Perpaduan

By 29 Oktober 2017Oktober 31st, 2017Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Genda Sating dan Mahmud Sulaiman

KUCHING, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Kejayaan integrasi dalam kalangan masyarakat Melanau bersama kaum-kaum lain telah menyumbang kepada perpaduan dan pembangunan di Sarawak.

Menurut Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, sejarah terdahulu menunjukkan bahawa sikap terbuka dan berfikiran luas serta sifat ingin menyertai pembangunan, membuktikan masyarakat dan pemimpin Melanau begitu disenangi dan dihormati oleh kaum-kaum lain di negeri ini.

Taib (dua dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke gerai pameran dan jualan.

Taib (dua dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke gerai pameran dan jualan.

“Sikap inilah yang menjadi panduan kepada masyarakat Melanau hingga ke hari ini dan ianya wajar diteruskan,” ucap Taib ketika merasmikan Majlis Hari Keluarga Masyarakat Melanau di Wisma Melanau, disini, semalam.

Majlis hari keluarga yang bertemakan “Pededun Berambih” anjuran Persatuan Melanau Kuching (PMK) dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak dan Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak diadakan khusus untuk masyarakat Melanau yang menetap di sini.

Taib menyampaikan Hadiah Galakan Pelajar Cemerlang kepada salah seorang penerima.

Taib menyampaikan Hadiah Galakan Pelajar Cemerlang kepada salah seorang penerima.

Sempena majlis ini juga, seramai 69 orang anak-anak ahli persatuan yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam menerima Hadiah Galakan Pelajar Cemerlang dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM24 ribu.

Majlis tersebut turut dihadiri, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Haji Len Talif Salleh, Pengerusi Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak, Dato Sr Dr Muhamad Leo Toyad, dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak, Datuk Aidan Wing.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda