Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kelestarian Alam Sekitar Perlu Kerjasama Semua Pihak

By 28 Oktober 2017Oktober 31st, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Usaha memulihara alam sekitar memerlukan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat demi memastikan kelestarian alam sekitar, khususnya di Negeri Sarawak sentiasa terpelihara.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti korporat serta individu-individu untuk terlibat dalam program dan aktiviti berteraskan alam sekitar amat dialu-alukan.

Awang Tengah (empat dari kiri) merasmikan Hari Alam sekitar Negara sambil disaksikan oleh Controller Kualiti Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Peter Sawal (tiga dari kiri) dan Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Suadi (tiga dari kanan).

Awang Tengah (empat dari kiri) merasmikan Hari Alam sekitar Negara sambil disaksikan oleh Controller Kualiti Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Peter Sawal (tiga dari kiri) dan Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr. Mohamad Kadim Suadi (tiga dari kanan).

“Tumpuan berterusan seharusnya diberi kepada usaha dalam meningkatkan kesedaran dan komitmen masyarakat bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berteraskan pembangunan lestari lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda yang menjadi pewaris negara.

“Setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu dan membentuk sinergi bagi melindungi alam sekitar,” ujarnya semasa Majlis perasmian sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak, bertempat di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), di sini, siang tadi.

Awang turut berharap adanya penglibatan secara proaktif dalam program komuniti tempatan seperti Rakan Alam Sekitar (RAS), MoU-Rakan Strategik Alam Sekitar dan Pasukan Pemantau Pencemaran yang akan bertindak sebagai mata dan telinga dalam membantu dan memudah cara agensi-agensi berwajib memantau aktiviti pencemaran dan menguruskan sumber asli negara dengan lebih cekap.

Awang (tengah) bersama-sama tetamu yang hadir.

Awang (tengah) bersama-sama tetamu yang hadir.

Bertemakan “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” masyarakat diseru untuk bersama-sama berusaha mencegah pencemaran alam sekitar dan untuk bersama-sama memelihara dan menjaga kualiti alam sekitar yang bersih dengan udara yang nyaman.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Haji Ismail Ithnin berkata menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, jabatan ingin terus memupuk sikap tanggungjawab terhadap kecintaan alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Matlamat kerajaan untuk menjadikan perkongsian tanggungjawab ke atas penjagaan alam sekitar tidak hanya disandarkan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri semata-mata, malah wajar digalas bersama-sama seluruh lapisan masyarakat,” ujarnya.

Pelajar Unimas, Morni Hassan berkata, “tanggungjawab memelihara dan menjaga alam sekitar bukan sahaja terletak dibahu pihak berwajib malahan juga ia merupakan amanah yang perlu dipikul oleh setiap lapisan masyarakat demi mejamin kualiti kehidupan yang sihat dan selamat.

“Dalam mengukuhkan tanggungjawab, komitmen dan tindakan semua perlu bagi mencegah pencemaran dan meningkatkan kualiti alam sekitar demi kesejateraan kehidupan semua,” jelasnya.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda