Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Pesta Cahaya Disambut Penuh Meriah

By 21 Oktober 2017Oktober 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Norlydiana Ishak & Elyas Hisham Mat Zin 

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Malaysiaaktif) – “Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan akan mengagihkan sumbangan kepada 2,300 orang kurang berkemampuan dan miskin di Kuala Lumpur berjumlah RM120,000.”

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Deepavali 2017 di Dataran DBKL, di sini kelmarin.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan ucapan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan ucapan

Menurut Tengku Adnan, perayaan Deepavali disambut dengan penuh semangat muhibbah kerana sambutan sebegini dapat memupuk tali persaudaraan dan keharmonian yang lebih kukuh dalam kalangan semua kumpulan etnik di Malaysia.

“Kemeriahan dan keriangan menyambut Festival Cahaya ini akan lebih bermakna apabila dikongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan.

“Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan sentiasa berusaha dan mempelbagaikan inisiatif untuk mensejahterakan rakyat di Wilayah Persekutuan.

“Beberapa task force telah diwujudkan demi memberi tumpuan kepada isu-isu yang penting khusus untuk rakyat,” katanya.

Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan, Datuk Seri Tengku Adnan (tiga dari kiri), Tan Sri M. Kayveas (lima dari kanan, Tan Sri S.Nallakaruppan (empat dari kanan) serta Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz (tiga dari kanan) bergambar kenangan selepas majlis perasmian

Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan, Datuk Seri Tengku Adnan (tiga dari kiri), Tan Sri M. Kayveas (lima dari kanan, Tan Sri S.Nallakaruppan (empat dari kanan) serta Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz (tiga dari kanan) bergambar kenangan selepas majlis perasmian

Pada majlis yang sama, Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa pihak kementerian telah melancarkan penggunaan kad ceria yang boleh membantu mengurangkan beban sara hidup rakyat Wilayah Persekutuan.

Tambahnya, seramai 36,283 (10%) komuniti India di Wilayah Persekutuan telahpun mendapat kad tersebut.

“Jumlah ini sangat memberangsangkan dan diharapkan ia akan terus meningkat dalam usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup warga kota,” katanya lagi.

Datuk Seri Tengku Adnan ( tengah) menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima-penerima yang mewakili 11 Parlimen di Kuala Lumpur

Datuk Seri Tengku Adnan ( tengah) menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima-penerima yang mewakili 11 Parlimen di Kuala Lumpur

Kehadiran 3,000 orang yang terdiri daripada warga emas, golongan kurang berkemampuan dan kurang upaya serta orang awam memeriahkan program ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan; Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas; Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Tan Sri S. Nallakaruppan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

 

– AH

Tinggalkan komen anda