Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Lebih 300 Ribu Pencarum PERKESO Terima Kenaikan Pencen

By 9 November 2017Tiada komen1 minit bacaan

Laporan & foto oleh: Herman Hamid & Izzideen Khairi Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Malaysiaaktif) – “Seramai 328,056 orang penerima faedah berkala akan menerima pelarasan faedah ini serta tunggakan pelarasan akan dibayar mulai 26 Disember 2017 dan peruntukan sebanyak RM72.62 juta telah disediakan”.

Demikian kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot ketika sidang media pengumuman bayaran pelarasan faedah berkala di bawah Skim Bencana Pekerjaan & Skim Keilatan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 di PWTC, di sini semalam.

WhatsApp Image 2017-11-09 at 8.49.06 AM

Pengumuman bayaran pelarasan faedah pencen semalam

Tambahnya, pelarasan ini melibatkan bayaran bagi penerima Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen Ilat dan Pencen Penakat. Peratus kenaikan pencen adalah antara 1.2 peratus  hingga 10.4 peratus.

“Pencen yang diberi sebelum 2011 akan diselaraskan sebanyak 10.4% dan 8.3%  akan diselaraskan bagi pencen yang diberi pada 2011.

“Manakala sebanyak 6.6% akan diselaraskan bagi pencen yang diberi pada 2012 dan penyelarasan 4.4% akan diberi pada pencen 2013. Seterusnya pencen yang diberi pada 2014 akan diselaraskan sebanyak 1.2%.

“Pelarasan faedah berkala yang terakhir telah dibuat pada 2012 melibatkan penerima faedah sehingga 2010 dengan kadar pelarasan antara 1.3 hingga 3.7%,” ujarnya

Riot turut menjelaskan selaras dengan Laporan Kajian Penilaian Aktuari ke-10 kerajaan bersetuju untuk meluluskan pelarasan faedah berkala atau pencen di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) berkuat kuasa pada 1 September 2017.

“Penyelarasan ini dibuat seiring peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat dan bagi meringankan bebanan perbelanjaan penerima pencen dan tanggungannya,” ujarnya lagi.

-SF

Tinggalkan komen anda