Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pasar Besar Gombak Dibangun Semula

By 8 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto: Jaitripta Kaur & Anwar Aizuddin Abdul Wahab

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Malaysiaaktif) – “Pasar Besar Gombak yang mula beroperasi sejak 1985, awalnya dibina bagi menempatkan semula penjaja bagi pembangunan semula Pasar Seni dan pasar di sepanjang Jalan Setapak bagi tujuan pelebaran jalan. Namun, perniagaan mula terjejas dan semakin tidak aktif berbanding 10 ke 15 tahun pertama pembukaannya.

“Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan semula Pasar Besar Gombak yang lebih moden dengan turut menyediakan komponen perumahan mampu milik, Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)”.

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pada Majlis Perasmian Pembangunan Semula Pasar Besar Gombak di sini, semalam.

Tambahnya, program ini akan melibatkan bangunan komersil berketinggian sembilan tingkat menempatkan kedai dan lot-lot perniagaan, pasar basah, mini UTC, Pejabat DBKL, Pejabat Kesihatan, surau serta dewan serba guna.

Gimik Pembangunan Semula Pasar Besar Gombak dan RUMAWIP Pasar Besar Gombak

Gimik Pembangunan Semula Pasar Besar Gombak dan RUMAWIP Pasar Besar Gombak

“Pemaju akan membina satu blok kediaman RUMAWIP berketinggian 44 tingkat yang akan dikenali sebagai Residensi Inspiria.

“Pihak pemaju juga bersetuju menyelesaikan isu-isu berbangkit seperti menanggung 50 peratus kos penempatan klinik kesihatan ibu dan anak di tapak baharu, menanggung kos penempatan sementara Pejabat Cawangan dan Pejabat Kesihatan DBKL serta membina stor pejabat cawangan dan sagu hati kepada para penjaja yang terlibat seperti yang dituntut oleh Jawatankuasa Bertindak Pasar Besar Gombak,” ujarnya.

Adnan turut menyatakan pembangunan semula Bangunan Pasar Besar Gombak hanya akan bermula selepas pengosongan bangunan selesai dilaksanakan selepas 42 bulan.

SF

Tinggalkan komen anda