Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Pengguna Rawang Bypass Puas Hati

By 30 November 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Mohd Zaid Awang & Noriah Athan (Rawang)

RAWANG, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Pembukaan rasmi Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang merupakan jambatan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter daripada aras bumi dan sepanjang sembilan kilometer pada Selasa lepas mendapat sambutan positif daripada orang awam.

Menurut pengguna Rawang Bypass, Fatimah Ismail, 56, dia berasa sangat gembira apabila Rawang Bypass siap kerana tidak lagi perlu menempuh kesesakan teruk di Bandar Rawang setiap kali ingin ke Sungai Choh atau Serendah.

“Anak saya bekerja kilang di Sungai Choh, setiap hari dia menunggang motosikal menempuh kesesakan lebih sejam, namun kini dimaklumkan tidak sampai 30 minit dia sudah sampai di tempat kerja atau balik rumah,” katanya yang merupakan seorang suri rumah.

Rawang Bypass dapat mengatasi masalah kesesakan di Bandar Rawang sebelum ini - Fatimah Ismail

Rawang Bypass dapat mengatasi masalah kesesakan di Bandar Rawang sebelum ini – Fatimah Ismail

Seorang lagi pengguna jalan tersebut, Nawi Hussin, 58, ketika ditemui melahirkan keterujaannya dengan panorama indah dan kehijauan alam sekitar yang dapat disaksikan di sepanjang jajaran Rawang Bypass, di samping memendekkan perjalanan dari Rawang ke Serendah.

Nawi yang bekerja sendiri memaklumkan dia tergerak hati untuk melalui jalan itu setelah dimaklumkan tentang pembukaan jalan tersebut oleh rakan-rakannya dan ingin merasai sendiri pengalaman tersebut.

“Saya terpanggil untuk melihat keindahan panorama di sini setelah diceritakan oleh rakan-rakan, rupanya betul apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa projek ini memberi kemudahan yang sangat besar kepada pengguna,” jelasnya yang baru pertama kali menggunakan laluan tersebut.

Nawi menjangkakan nilai hartanah dan ekonomi penduduk sekitar kawasan Rawang, Sungai Choh dan Serendah akan meningkat kerana tiada lagi kesesakan serta memendekkan perjalanan ke Kuala Lumpur

Nawi menjangkakan nilai hartanah dan ekonomi penduduk sekitar kawasan Rawang, Sungai Choh dan Serendah akan meningkat kerana tiada lagi kesesakan serta memendekkan perjalanan ke Kuala Lumpur

Tambahnya, selepas ini sudah pasti nilai hartanah dan ekonomi penduduk sekitar kawasan Rawang, Sungai Choh dan Serendah akan meningkat kerana tiada lagi kesesakan, selain memendekkan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, pengguna dari Wangsa Maju, Yassin Kaim, 60, berkata dengan siapnya projek Rawang Bypass ini menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam mengatasi runggutan rakyat yang sentiasa tertekan dengan kesesakan jalan raya di Bandar Rawang.

“Ini membuktikan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan sangat bermanfaat, malah untuk kepentingan rakyat dan menangkis tohmahan pihak tertentu bahawa kerajaan membazir wang rakyat,” katanya.

Ini bukti projek yang dilaksanakan oleh kerajaan sangat bermanfaat, malah untuk kepentingan rakyat dan menangkis tohmahan pihak tertentu bahawa kerajaan membazir wang rakyat - Yassin Kaim

Ini bukti projek yang dilaksanakan oleh kerajaan sangat bermanfaat, malah untuk kepentingan rakyat dan menangkis tohmahan pihak tertentu bahawa kerajaan membazir wang rakyat – Yassin Kaim

Yassin yang telah dua kali melalui jalan tersebut setelah dibuka berkata kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu juga tidak dikenakan bayaran tol.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof telah merasmikannya pembukaan Rawang Bypass pada 28 November dan orang ramai mula menggunakan laluan tersebut bermula 9.00 malam itu.

Menurut Fadhillah, pembinaan Projek Jalan Pintas Rawang ini telah bermula pada 16 Julai 2005 dan dilaksanakan secara Reka dan Bina berperingkat dengan melibatkan pembinaan jalan pintas jajaran baru dua lorong dua hala sepanjang sembilan kilometer serta menaik taraf Jalan Persekutuan FT001 sepanjang 12.5 km.

“Demi pemeliharaan rezab Hutan Kanching yang juga merupakan Taman Warisan Negeri Selangor, jajaran asal telah dikaji semula pada tahun 2006 dan diteruskan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) sepanjang 2.7 km bagi mengurangkan penerokaan hutan,” jelasnya.

Pengguna mengambil kesempatan melihat keindahan panorama di jajaran Rawang Bypass

Pengguna mengambil kesempatan melihat keindahan panorama di jajaran Rawang Bypass

Jalan pintas yang dibina dengan kos RM628 juta ini mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan bagi mengatasi kesesakan di Bandar Rawang sebelum ini.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda