Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

RM15 Juta Disumbangkan Untuk Rumah Ibadat Agama-Agama Lain

By 17 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi melaksanakan projek pembinaan, penambahbaikan dan baik pulih rumah-rumah ibadat daripada institusi agama Kristian pelbagai aliran, Buddha dan juga Sikh.

Penyampaian cek telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, merangkap Menteri Pemodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bertempat di Dewan Undangan Negeri, semalam.

Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) menerima cek sumbangan daripada Douglas Uggah untuk kegunaan Gereja St Plechelmus.

Fatimah Abdullah (tiga dari kanan) menerima cek sumbangan daripada Douglas Uggah untuk kegunaan Gereja St Plechelmus.

“Kerajaan negeri prihatin terhadap keperluan penduduk pelbagai agama di Sarawak, disamping sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh institusi-institusi agama lain dalam mengumpul dana pembangunan rumah ibadah masing-masing terutama sekali yang berada di luar bandar.

“Kerajaan negeri telah meluluskan sebidang tanah seluas 3 ekar bagi tujuan pembinaan Kompleks Pejabat Unit For Other Religions (UNIFOR),” jelasnya.

Beliau turut berharap dengan sumbangan daripada kerajaan ini, projek-projek dapat disiapkan mengikut jadual terutama sekali projek-projek yang telah bermula beberapa tahun lalu namun masih belum siap dan terbengkalai disebabkan kekurangan dana.

“Pada tahun ini sebanyak 82 permohonan baharu telah diterima daripada institusi agama-agama lain di seluruh Sarawak bagi tujuan pembinaan, penambahbaikan dan baikpulih rumah-rumah ibadah untuk pertimbangkan dalam tahun 2018,” tambahnya lagi.

Antara yang menerima sumbangan, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Hajah Fatimah Abdullah yang menerima peruntukan sebanyak RM180 ribu.

Menurut Dato Sri Hajah Fatimah, peruntukkan ini adalah bagi menyiapkan Gereja St. Plechelmus di Kampung Tanam Dalat.

“Dengan adanya dana ini, gereja dua tingkat dan yang terbesar di Dalat akan dapat siap sepenuhnya nanti,” katanya.

Fatimah turut menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama mengukuhkan persefahaman, keamanan dan keharmonian agama penduduk pelbagai kaum di Sarawak agar agenda pembangunan negeri yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan.

 

– SH

Tinggalkan komen anda