Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Gilap Bakat Sukan Anak Orang Asli

By 17 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 17 Nov  (Malaysiaaktif) – “Orang Asli yang hidup dalam negara ini beruntung dan bertuah kerana mendapat layanan dan perhatian dari pihak kerajaan. Pelbagai kemudahan serta bantuan yang diberikan supaya kehidupan mereka ini terurus serta menjamin kehidupan yang sempurna.

“Dalam bidang pendidikan misalannya, Orang Asli mendapat banyak kemudahan termasuk dalam bidang sukan bagi memastikan bakat anak-anak ini terus digilap sehingga ke peringkat antarabangsa,” ujar Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, (Bahagian Pengurusan Dan Operasi), Aminuddin Adam, ketika  merasmikan Majlis Penutup Sukan Sekolah Orang Asli Peringkat Kebangsaan kali ke-10 di sini, semalam.

Aminuddin (tiga dari kiri) ketika menyempurnakan majlis penutup Sukan Sekolah Orang Asli Peringkat Kebangsaan kali ke-10 di sini.

Aminuddin (tiga dari kiri) ketika menyempurnakan majlis penutup Sukan Sekolah Orang Asli Peringkat Kebangsaan kali ke-10 di sini.

Menurut Aminuddin, bagi mengurangkan kadar keciciran yang masih tinggi dalam kalangan mereka, Orang Asli perlu dibantu secara serius antaranya menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk mereka ke sekolah.

“Secara tidak langsung, ini akan mengalakkan mereka untuk hadir ke sekolah dan belajar. Kami akan menggandakan usaha dengan memberi penerangan kepada ibubapa tentang kepentingan pendidikan dan mengadakan perjumpaan bersama pemimpin mereka supaya mengalakkan anak mereka ke sekolah” katanya lagi.

Kejohanan tiga hari yang berlangsung sejak 14 November lalu berakhir semalam dengan penyertaan 665 pesaing dari tujuh negeri di Malaysia. Sebanyak empat acara sukan dipertandingan iaitu bolasepak, sepaktakraw, bola baling dan acara olahraga.

Ini merupakan kali ketiga, Kelantan dipilih menjadi tuan rumah selepas tahun 2008 dan 2014.  Tuan rumah muncul juara keseluruhan kejohanan ini, diikuiti Pahang di tempat kedua manakala Perak di tempat ketiga.

– SH

 

Tinggalkan komen anda