Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lawatan Pasca UPSR Dedah Pelajar Alam Pekerjaan Sebenar

By 17 November 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 21 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Tanam, Dalat yang bakal memasuki  peringkat sekolah menengah pada tahun depan, telah menyertai lawatan Pasca UPSR selama dua hari satu malam baru-baru ini.

Peserta mendapat pendedahan tentang pengalaman sebenar di alam pekerjaan.

Peserta mendapat pendedahan tentang pengalaman sebenar di alam pekerjaan.

Program tersebut dirancang bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenal alam kerjaya dan membina cita-cita.

Menurut guru pengiring program tersebut, Al Hazim, program tersebut dirancang bagi memberi pendedahan kepada murid dalam memberi pendedahan kepada alam pekerjaan kepada para pelajar.

“Program ini melibatkan lawatan ke Mukah Power Generation (MPG), Pekan Balingian, Pejabat Residen Bahagian Mukah, Bangunan Pehin dan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE), dimana para pelajar dapat melihat sendiri pengalaman pekerja-pekerja di tempat yang dilawati dan menjadikan sumber inspirasi untuk mereka berjaya pada masa akan datang.

“Program seperti ini memerlukan kerjasama guru, kakitangan sekolah  dan sokongan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) bagi memastikan perjalanannya lancar dan berkesan,” tambahnya lagi.

– SH

Tinggalkan komen anda