Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

343 Lagi Peneroka Terima Suratan Hak Milik

By 18 Disember 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 343 warga Peneroka  Serting Hilir 3 dan 7 wilayah Raja Alias menerima suratan hak milik yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, di Dewan Kompleks Serting Hilir pagi tadi.

Menurut Mohamad, suratan hak milik yang diterima hari ini ialah kali ketiga.

“Sebelum ini Serting  Hilir 1 hingga 7 sudah menerima suratan hak milik masing-masing  kecuali Felda Serting Hilir 4 yang masih belum menerima hak milik. Saya menyeru peneroka Serting Hilir 4 supaya bersabar kerana mereka akan menerima suratan hak milik selewat-lewatnya akhir Januari 2018.

Menteri Besar menyampaikan ucapan

Menteri Besar menyampaikan ucapan

“Setiap peneroka yang telah berkhidmat dan bekerja keras selama 30 tahun sebagai peneroka sejak 1986/87 sehingga sekarang. Namum begitu, suratan hak milik ini perlu disimpan agar dapat diwarisi oleh anak dan cucu kita kelak dan jangan sekali-kali digadai atau dijual,“ tegasnya.

Tambahnya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Malaysia (Felda) di bawah Kepimpinan Tan Sri Sharill Abdul Samad berada di landasan yang baik dan semua masalah yang melanda dapat ditangani dengan baik mula berfungsi dengan baik.

“Peneroka juga mula menikmati dividen dan bonus melalui pelaburan anak syarikat NGV. Felda yang ditubuhkan dalam tahun 60-an bertujuan menstrukturkan semula sosioekonomi masyarakat luar bandar dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum melalui penerokaan tanah terbiar kerajaan dengan membuka skim Felda menanam getah dan kelapa sawit untuk satu tempoh yang tertentu dan tanah tersebut akan menjadi hak milik peneroka kelak,“ ujarnya.

Mohamad berkata, hampir 93 peratus peneroka Negeri Sembilan telah menerima suratan hak milik masing-masing cuma Felda Raja Alias  1 dan 2, termasuk Felda Serting Hilir 4 masih belum menerima hak milik.

“Ini berikutan masalah laluan kabel elektrik kuasa tinggi dan memerlukan masa yang lama untuk melakukan proses pemgambilan tanah semula. Walau bagaimanapun kuasa yang ada pada kerajaan negeri ia dapat diatasi dengan kadar yang segera.

“Dasar Inklusif Felda diperkenalkan oleh Tan Sri Sharill telah memudahkan kerajaan negeri  menaik taraf  jalan-jalan felda dan lain-lain infrastuktur yang berkaitan. Sebelum ini kerajaan negeri tiada kuasa dalam urusan campur tangan  felda dan kuasa mutlak terletak di bawah Pengurusan Felda.

“Atas komitmen Kerajaan Negeri menerusi dana khas skim felda telah meluluskan sebanyak RM76 juta  untuk   kerja-kerja penyelenggaran jalan-jalan  Felda yang ada di Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Sharill Abdul Samad berkata proses membayaran balik saham FGV akan dibayar berdasarkan kepada ringgit ke ringgit kepada setiap peneroka dan bayaran tanaman semula getah ataupun kepala sawit juga dibayar RM7500 setiap ekar kepada peneroka berdasarkan kepada keluasan tanaman tersebut jelasnya.

“NGV ialah anak syarikat Felda begitu juga anak syarikat Felda yang lain yang menjalankan penguruan peniagaan yang mendatangkan pulangan yang baik kepada setiap peneroka dan  beliau percaya dan yakin Felda akan mengagihkan sekurang- kurangnya 6 sen dividen kepada peneroka.

“Melalui Dasar Inklusif Felda, beberapa masalah dapat diatasi secara berperingkat peringkat dan kini Felda berada di landasan yang baik,” katanya.

Pada majlis itu juga, Peneroka Felda Sering Hilir 3 dan 7 menerima cek insentif penyelesaian penuh baki saham FGV wilayah Raja Alias sebanyak RM638,820.

Mohd Turiman bersama isteri

Mohd Turiman bersama isteri

Sementara itu, Mohd. Turiman Bin Sadili, 57 bersama isterinya, Norsaha Moktar melahirkan rasa gembira.

“Akhirnya, kami mendapat hak milik tanah sebagaimana yang dijanjikan oleh Felda ketika memasuki Skim Felda,“ katanya yang mempunyai lapan orang anak.

Palani Nedeson, 65, pula sangat teruja apabila namanya tercatat dalam suratan hak milik.

“Walaupun ada pihak yang mengkritik pengurusan Felda, saya sentiasa setia kepada Felda dulu, kini dan selama-lamanya,“ jelas bapa kepada lima orang anak kesemuanya lulusan universiti.

Dalam pada itu, Sabtu Bakar yang berasal dari Alor Gajah Melaka berkongsi pengalaman mendapat tawaran memasuki Skim Felda pada tahun 1984.

“Walaupun ketika itu baru enam bulanberumah tangga dan isteri mengandung, berat hati untuk menerima tawaran tersebut kerana tiada kemudahan sepertimana terdapat di kampung. Tetapi atas dorongan isteri, saya akhirnya menerima tawaran tersebut,“ katanya bersyukur.

-SF

Tinggalkan komen anda