Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bantuan Baik Pulih Rumah Ceriakan Penerima

By 4 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Hazlinah Samsir / Foto: Abdullah Sani Ariff Lokhman (Sabah)

KOTA KINABALU, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Hidup kini lebih selesa dan menggembirakan apabila menerima bantuan baik pulih rumah yang daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS).

Penerima bantuan, Anita Olon, 45, berkata berasa amat terharu kerana akhirnya mampu merasa tinggal di rumah yang lebih selesa dan turut merasa hidup kembali ceria.

Beliau yang juga menghidap penyakit kanser hanya bergantung kepada bantuan kebajikan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan pada setiap bulan serta bantuan saudara mara untuk menyara diri dan enam orang anaknya.

Jainab (tengah) meletakkan pelekat di rumah Anita Olon (kiri) sebagai simbolik Touch Point bantuan baik pulih rumahnya

Jainab (tengah) meletakkan pelekat di rumah Anita Olon (kiri) sebagai simbolik Touch Point bantuan baik pulih rumahnya

Katanya ketika ditemui media, saya sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk saya merasa keselesaan untuk tinggal di rumah seperti ini.

“Sebelum rumah ini dibaik pulih, rumah saya tidak mampu untuk menerima tetamu dan apabila hujan lebat, kami terpaksa tidur di atas meja untuk mengelak air yang masuk ke dalam rumah.

“Setelah dibaik pulih, kini saudara mara dan penduduk kampung sudah dapat datang berkunjung di rumah ini untuk bertanya khabar dan beramah mesra.

“Saya juga menerima bantuan kebajikan dan anak-anak yang masih bersekolah turut menerima bantuan persekolahan. Ia sangat meringankan beban saya yang tidak dapat keluar bekerja.

“Sakit yang saya tanggung selama ini seakan sembuh apabila diberikan peluang untuk memiliki rumah seperti ini,” kongsinya.

Menurut Anita, sebelum ini dia seperti hanya menanggung kesakitan pada setiap hari, tetapi kegembiraan yang dirasai kini sudah mampu membuatkan dia bergurau senda dan ketawa.

Dalam pada itu, seorang lagi penerima, Ramnah Pari, 58 yang mempunyai tanggungan sembilan orang anak dan lima masih tinggal bersamanya juga berasa amat bersyukur dengan bantuan yang diterima.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan kerana memberikan kami sekeluarga peluang untuk tinggal di rumah yang selesa.

“Tanpa bantuan seperti ini, tidak tahu bila kami mampu membaiki kerosakan rumah yang kami alami.

“Tambahan pula, mereka turut memberikan kami bantuan bekalan bahan mentah seperti beras, minyak, milo dan lain-lain sebagai bekalan kami sekeluarga.

“Rumah ini juga telah banyak mengalami kerosakan akibat banjir. Setiap kali hujan lebat, air akan memasuki kawasan dapur. Kini dapur kami telah dibaik pulih dengan kerjasama orang kampung,” kongsinya dengan senyuman.

Sementara itu, menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Datuk Seri Ahmad Ayid ,sebanyak 100 buah rumah di kawasan Sepanggar terpilih untuk Program Baik Pulih Rumah menerusi program Touch Point itu.

Dengan peruntukan lebih kurang RM10,000 setiap rumah, PPNS turut mengadakan program tersebut di 11 lagi kawasan parlimen Sabah dengan peruntukan 100 buah rumah bagi setiap parlimen terlibat.

Program baik pulih bagi kawasan Sepanggar telah berlangsung sejak awal November dan dijangka selesai sepenuhnya akhir Disember ini.

-SF

Tinggalkan komen anda