Skip to main content
Berita TempatanSabah

Dua Pusat Pemindahan Banjir Dibuka

By 13 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Chindarayareh Jinti / Foto: Abdullah Sani Ariff Lokhman (Sabah)

KOTA BELUD, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Dua pusat pemindahan sementara mangsa banjir sudah beroperasi, sementara dua lagi sedang dalam proses mendaftarkan mangsa.

Menurut  Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sabah Lt. Kol  (PA) Mohd Izaimi Md Daud, pusat tersebut melibatkan Dewan Masyarakat Tun Said dengan 120 mangsa daripada 79 keluarga dan Dewan SK Pekan yang menempatkan 289 mangsa daripada 78 keluarga, manakala pusat yang lain ialah Dewan SMK Taun Gusi dan Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Said.

Suasana di pusat pemindahan sementara banjir, Dewan Tun Said.

Suasana di pusat pemindahan sementara banjir, Dewan Tun Said.

Sementara itu, hujan lebat yang berterusan sejak Isnin lalu, menyebabkan paras air sungai naik terutama di Sungai Abai yang mencapai tahap bahaya (5.68 meter) dan Sungai Tempasuk tahap amaran (4.76 meter) dan Sungai Kedamaian pada tahap normal (1.05 meter).

Air hujan tersebut turut melimpah ke kawasan kampung iaitu Kg Donggoi, Kg Marajah, Kg Gunding, Kg Sadok-Sadok, Kg Sembirai, Kg Lingkodon, Kg Linau, Kg Bobot, Kg Lebak Moyoh, Kg Suang Punggur, Kg Menunggui, Kg Song-Song, Kg Sangkir, Kg Karang Benai, Kg Kota Bungan, Kg Tawadakan, Kg Lentigi, Kg Tanjung Wakap, Kg Lebak Engad, Kg Keranjangan, Kg Rangalau, Kg Tombol, Kg Siasai Tamu, Kg Limatok, Kg Pompod dan Kg Kota Belud.

Malah, beberapa jalan juga terjejas termasuk Jalan Kg Marajah – Kg Donggoi, Jalan Lebak Moyoh By Pass Kudat, Jalan Kg Lebak Engad, Kg Sembirai, Jalan Kg Linau, Jalan Kg Menunggui, Jalan Bobot, Jalan Kota Belud dan Jalan Siasai Tamu.

Tinjauan setakat 5.00 petang Selasa mendapati, usaha menghantar bekalan makanan, perubatan dan keperluan lain sedang giat dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah dan jalan yang terlibat hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

-SF

Tinggalkan komen anda