Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Penerima Anugerah Maal Hijrah Juga Pegawai Contoh

By 13 Disember 2017Disember 18th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Pegawai Tadbir, Hamdan Sharbini dari Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri antara penerima anugerah sempena hari Perkhidmatan Awam 2017 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, siang tadi.

Hamdan yang berasal dari Kuching mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memilihnya sebagai pegawai contoh tahun ini.

Abang Johari (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Contoh kepada Hamdan.

Abang Johari (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Contoh kepada Hamdan.

Menurut Hamdan, sepanjang perkhidmatannya sebagai pejawat awam pelbagai rintangan dihadapinya untuk memenuhi kehendak jabatan.

“Pada mulanya saya berkhidmat sebagai merinyu pemasaran sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri sebagai pegawai penguatkuasa dan seterusnya dilantik menjadi pegawai perhubungan awam di Dewan Bandaraya Kuching Utara.

“Pada tahun 2006, saya dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi dan kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak,” jelasnya.

Hamdan turut menjelaskan sepanjang perkhidmatannya, beliau banyak memberi sumbangan dan aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti luar bersama masyarakat kampung mahupun bandar.

Beliau juga pernah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji pada tahun 1999, Pingat Perkhidmatan Bakti (2009), Pingat Bintang Kenyalang (2015) dan pernah dianugerahkan Anugerah Pegawai Contoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2014.

Seramai 8 orang dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh dan Pegawai Contoh Perkhidmatan Awam Negeri dan Perkhidmatan Persekutuan Negeri Sarawak.

Antara lain penerima anugerah ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Transformasi Luar Bandar, Datu Jaul Samion, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Jamilah Hashim, dan pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Roseline a/k Batu bagi kategori Pengurusan dan Profesional.

Sementara itu bagi kategori Pelaksana Sokongan pula dianugerahkan kepada Penolong Pegawai Sains, Ngang Chung Sui dari Lembaga Air Sibu, Penolong Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak, Jamaludin Said, Pembantu Operasi, Denis a/k Jakup dan Pembantu Perawatan Kesihatan Sallehen Rose dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

-SH

Tinggalkan komen anda