Skip to main content
Berita TempatanSabah

IKM Tawar Diploma Kejuruteraan Automotif 4X4 Pertama Di Malaysia

By 9 Disember 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Institut Kemahiran Mara (Sabah)
 
KOTA KINABALU, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Institut Kemahiran MARA (IKM) mengorak langkah menjadi institusi pertama menawarkan kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pacuan Empat Roda) di Malaysia.

Timbalan Pengarah (Pendidikan) Bahagian Vokasional dan Teknikal IKM, Ahmad Azmir Ahmad Tarmizi berkata, program diploma tersebut diwujudkan selepas pihaknya membuat penyelidikan berdasarkan permintaan masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak.

Para peserta diajar menggunakan which.  

Para peserta diajar menggunakan which.

“Berdasarkan penyelidikan di Sabah dan Sarawak., penduduknya banyak menggunakan kenderaan jenis pacuan empat roda berbanding dengan kenderaan komersial lain.

“Dari situ kita dapat lihat, adanya permintaan dan peluang pekerjaan dalam bidang pacuan empat roda ini dan sekiranya mereka tamat pengajian nanti, mereka dapat membuka bengkel 4WD selain berkerja dengan syarikat-syarikat gergasi yang lain sebagai penyelia ataupun penolong jurutera dalam bidang berkaitan,” ujarnya.

Menurut Ahmad Azmir, program Diploma berkenaan merupakan naik taraf daripada program sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif.

“Untuk program sijil, para pelajar perlu mengikuti kelas sebanyak tiga semester dan satu semester Latihan Industri manakala, bagi program diploma, dua semester tambahan akan dilaksanakan iaitu silibus pacuan empat roda.

“Istimewanya bagi pelajar-pelajar MARA, kita menyediakan peralatan yang sebenar sebagai contoh kita akan sediakan kenderaan pacuan empat roda di bengkel agar para pelajar bukan sahaja hanya belajar teori semata-mata tetapi mereka juga boleh mempraktikkan pelajaran dalam kelas pada kenderaan sebenar.

“Mereka akan dapat pengalaman membuka dan memasang kembali kenderaan yang disediakan dan dalam silibus IKM. Kami turut memasukkan kaedah untuk menaik taraf kenderaan pacuan empat roda yang biasa kepada kepada 4WD off road,” katanya.

Salah seorang tenaga pengajar memberi penerangan berkenaan penggunaan radio amatur.

Salah seorang tenaga pengajar memberi penerangan berkenaan penggunaan radio amatur.

Seramai 15 peserta yang terdiri daripada pegawai IKM serta pensyarah IKM Kampus Sabah dan Sarawak menyertai Kursus Pengenalan Kelengkapan “OffRoad” Pacuan Empat Roda dan Asas Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda selama empat hari bermula 27 November lalu yang dikendalikan oleh EcoBorneo Event Management.

Selain itu, pelajar diploma ini juga memberi nilai tambah dengan silibus pengendalian radio amatur.

“Para pelajar akan diberi pendedahan tentang cara pengendalian radio amatur kerana ia merupakan satu keperluan apabila masuk ke hutan.

“Apabila mereka menamatkan pelajaran, kita akan menghantar mereka menduduki peperiksaan bagi mendapatkan lesen radio amatur daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” jelasnya semasa ditemui pemberita di Kursus Pengenalan Kelengkapan “OffRoad” Pacuan Empat Roda dan Asas Pengendalian Kenderaan Pacuan Empat Roda di Kuli pada Khamis.

IKM juga dalam usaha mendapatkan pengiktirafan Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (Pacuan Empat Roda) tersebut sebagai Sijil Kemahiran tahap empat atau lima daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sementara itu, Pensyarah IKM Kota Kinabalu, Dennis Payar bersyukur kerana terpilih menyertai kursus yang dianjurkan oleh IKM tersebut.

“Saya berterima kasih kepada pihak IKM kerana memilih saya untuk meyertai kursus selama empat hari ini kerana dapat menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Ahmad Azmir (empat dari kiri) dan Timbalan Pengarah IKM Kota Kinabalu, Lazarus Alip (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama peserta kursus.

Peserta kursus

“Kami memang ada belajar tentang teori tetapi cara amali itu kurang dan dengan ada kursus ini dapat membantu kami mengajar dengan lebih berkesan.

“Pengoperasian asas menggunakan gear 4wd, jenis-jenis pacuan empat roda, penggunaan peralatan pacuan empat roda, seperti which, unlock, high & low gear, grill guards, lift kits, suspension kits dan sebagainya.

Paling penting dalam kursus ini adalah untuk menggunakan gear dengan betul di kawasan berlumpur, kawasan yang curam dan berbatu kerana dengan penggunaan gear yang salah boleh menyebabkan kenderaan tersangkut ataupun terbalik dan seagainya.

Selain itu, komunikasi antara pemandu dengan pembantu juga amat penting, semasa di dalam kelas, kami turut diajar tentang isyarat tangan (hand signal) dan dengan kelas pratikal hari ini kami dapat mempratikkan teori tersebut.

“Perkara-perkara ini akan turut diajar kepada para pelajar diploma agar mereka dapat pendedahan dan membantu mereka semasa diluar nanti.

Tambah Dennis, pihaknya turut dalam perbincangan bersama pengeluar kenderaan pacuan empat roda antarabangsa untuk berkerjasama dan mewujudkan peluang pekerjaan di syarikat berkenaan.

SF

Tinggalkan komen anda