Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

CSR TNB Ceriakan Pelajar Kurang Berkemampuan Pdg Terap

By 19 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Syafiq Md Saad (Padang Terap)

PADANG TERAP, 19 Dis (Malaysiaaktif) – ‘Program Back To School’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam mengurangkan bebanan keluarga bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Program ini telah dirasmikan oleh, Pengerusi Kehormat Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Diraja Noraini Abdullah yang juga isteri kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid, di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, semalam.

Noraini (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Noraini (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pelajar.

Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan TNB Negeri Kedah, Haji Ismail Lathifi Teh berkata, program ini menyasarkan 200 orang murid di setiap Parlimen dan akan bergerak ke 50 kawasan Parlimen di seluruh Malaysia.

“TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak terutamanya keluarga yang memiliki anak yang ramai,” ujarnya.

Seramai 200 orang murid daripada 21 Sekolah Kebangsaan sekitar Daerah Padang Terap yang dipilih oleh pihak sekolah diberi bantuan kelengkapan sekolah berupa baju sepersalinan untuk murid lelaki dan murid pempuan, kasut, sarung kaki, beg dan juga alat tulis bernilai RM200 setiap seorang.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap, Haji Omar Eting, menyatakan program ini amat bermanfaat bagi keluarga yang berpendapatan rendah.

“Bantuan yang diberikan ini dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa untuk meringankan beban di dalam persiapan persekolahan anak-anak pada sesi baru persekolahan ini.

“Kami berharap badan-badan korporat lain dapat bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada insan yang memerlukan selepas ini kerana kebajikan seperti ini amatlah diharapkan oleh penduduk tempatan yang kurang berkemampuan,” katanya lagi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda