Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

15 Negara Sertai Festival Memanah Tradisional Antarabangsa 2018

By 28 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah) / Foto: Mohd Khairulnizam Mohd Yunus

KUALA PILAH, 28 Jan (Malaysiaaktif)-Seramai 225 orang dari 15 buah negara di dunia menyertai Festival Memanah Tradisional Antarabangsa (FTMA) 2018 di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, Seri Menanti.

Festival yang berlangsung selama tiga hari ini pertama kali diadakan di Negeri Sembilan.

Li Li dari China

Peserta yang mengambil bahagian

Peserta dari Romania, China, Singapura, Hungary, Taiwan, Mongolia, Brunei Darussalam,Slovakia, Austria, Spain, Kyrgyzstan dan Korea mula berkampung di Ladang Alam Warisan mulai 7.00 pagi semalam.

Menurut Pengerusi Pertama FTMA 2018,
Muhamad Akmal Muhamad Dahalan, 37, festival ini merupakan bukti usaha berterusan untuk mengembangkan sukan memanah tradisional di Malaysia.

“Di samping dapat melakukan sunnah Rasullullah s.a.w kita juga dapat menyemarakkan cara hidup sihat dan sejahtera dalam kalangan masyarakat. Diharap festival ini dapat djadikan acara tahunan bagi memperkasakan sukan memanah tradisional di Malaysia ” katanya lagi.

FMTA 2018 dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Peserta cilik dari Malaysia iaitu Muhammad Luthfel Haadiy Al Nasser, 12, dari Maahad Taafiz Pasir Gudang, Johor ditemani keluarga ubtuk menyertai pertandingan ini. Sebelum ini Luthfel pernah mewakili Malaysia ke Hungary bagi Pertandingan Historical World Championship.

Muhammad Luthfel Haadiy Al Nasser dari Malaysia bersama ibunya

Muhammad Luthfel Haadiy Al Nasser dari Malaysia bersama ibunya

Menurut ibunya Ersita Masor, 42, anaknya mula berminat dalam sukan memanah ini sejak berumur 9 tahun. Bagi FMTA 2018 Luthfel layak secara automatik kerana mendapat tempat kedua tertinggi bagi kategori kanak-kanak.

Peserta China, Li Li

Peserta China, Li Li

Bagi peserta Negara China Li Li, 37, yang datang bersama 16 rakannya yang lain sangat teruja menyertai pertandingan ini.

“Walaupun keadaan padang yang lecak, tidak menjadi masalah kepada saya. Saya mula beminat dalam sukan memanah ini sejak dua tahun yang lalu dan telah pun memenangi pelbagai pertandingan di negara saya,” ujarnya ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif.

Tuanku Muhriz

Tuanku Muhriz

Dalam pada itu, peserta Singapura, Nazima Mohammed Salleh, 39, pula memberitahu dia mula berjinak-jinak dengan sukan memanah ini sejak 2014.

“Sukan ini telah membawa saya menjelajah ke banyak negara antaranya Slovakia, Turkey, Hungary dan Korea,” jelasnya.

Sementara itu, sukarelawan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Norul Ahsanah Aulia Mohamad Mahani, 20 berkata dia tahu tentang FMTA ini melalui Facebook dan terus mendaftar sebagai sekarelawan.

“Saya ingin menimba pengalaman menguruskan acara lebih-lebih lagi dalam acara memanah. Di sini semua sukarelawan diwajibkan untuk memakai pakaian ala bangsawan dan pahlawan Melayu dahulu kala,” tambahnya.

Pemenang dari Hungary

Pemenang dari Hungary

Pertandingan Memanah Antarabangsa telah dimenangi oleh peserta dari Hungary, Peter Nahoczki (lelaki) dan Wang Hui (wanita) dari China.

SF

Tinggalkan komen anda