Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

526 Penjawat Awam Negeri Melaka Terima Augerah MAPAN 2018

By 24 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan: Mastika Hablum (Alor Gajah)

AYER KEROH, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 526 Penjawat Awam Negeri Melaka di raikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) 2018 berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, penjawat awam merupakan tiang seri negara, nadi dan penggerak hubungan di antara kerajaan dengan rakyat.

Idris bersama-sama penerima anugerah MAPAN 2018.

Idris bersama-sama penerima anugerah MAPAN 2018.

“Sebagai penahan utama sesebuah rumah, penjawat awam harus berkualiti, teguh dan berintegriti bagi menghasilkan produktiviti yang tinggi agar rumah kita iaitu kerajaan tetap kukuh untuk berlindung.

“Semoga insentif ini dapat menyuntik motivasi, semangat serta dorongan kepada semua penerima dalam meneruskan agenda mempertingkatkan mutu kerja berkualiti, serta berintegriti,” ujar Idris.

Penerima anugerah Azman Musa, 49, menyatakan rezeki adalah dinamik dan sentiasa berubah, mengikut keperluan semasa dan mengikut pucuk pimpinan sedia ada.

“Lakukan dengan ikhlas dan pasti kita akan terima ganjarannya,” ujarnya yang telah empat kali menerima anugerah ini sepanjang perkhidmatannya.

Bagi Zainurdin Ibrahim, 54, penerima anugerah ini mampu dijadikan contoh oleh rakan sekerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam dan masyarakat, disamping mewujudkan persaingan secara sihat dalam kalangan rakan sepasukan.

Kerajaan Negeri Melaka berbesar hati memberikan ganjaran wang tunai berjumlah RM1,000 beserta sijil penghargaan kepada kesemua penerima anugerah.

-SH

Tinggalkan komen anda