Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Skim Jauhar Prihatin ~Beri Dimensi~ Pendekatan Baharu Pembangunan Negeri Johor

By 29 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini (Johor Bahru)

 

JOHOR BAHRU, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Skim Sewa Beli (Jauhar Prihatin) akan menjadi alternatif kepada kaedah pembelian rumah secara pinjaman perumahan biasa.

Melalui kaedah pembiayaan tertangguh, bakal pembeli akan memasuki peringkat penyewaan hartanah terlebih dahulu selama 5 tahun dan seterusnya selepas tamat tempoh tersebut, peserta Skim Jauhar Prihatin ini akan memasuki peringkat pembelian rumah, dimana peserta akan bertukar menjadi pembeli dan memohon pinjaman perumahan sebagaimana proses pinjaman biasa daripada institusi kewangan/bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rakyat Johor (KPRJ) Sdn. Bhd., Abd. Razak Mohd Yusoff berkata, idea Skim Sewa Beli Hartanah Johor ini adalah satu ilham kreatif yang telah dicetuskan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

KPRJ akan menjalankan kerja penggantian 6 unit lif Fasa 2, mengecat bahagian luar blok bangunan dan baikpulih pendawaian lampu.

KPRJ akan menjalankan kerja penggantian 6 unit lif Fasa 2, mengecat bahagian luar blok bangunan dan baikpulih pendawaian lampu.

“KPRJ akan menjalankan kerja-kerja baikpulih Pangsapuri Bukit Saujana dan akan menjalankan kerja-kerja penggantian 6 unit lif Fasa 2, mengecat keseluruhan blok (bahagian luaran) dan baikpulih pendawaian semua lampu di kawasan gunsama.

KPRJ juga akan menggalas tanggungjawab dan menunaikan amanah dengan sebaik mungkin dalam memastikan kemajuan yang dicapai berterusan, kebajikan insani rakyat terpelihara dan kesejangan ekonomi rakyat diatasi,” jelas beliau ketika ditemui selepas Program Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke Pangsapuri Bukit Saujana pada pagi ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Abd. Razak Mohd Yusoff (kiri sekali) ketika mengiringi Khaled Nordin sempena lawatan beliau ke Bukit Saujana.

Ketua Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Abd. Razak Mohd Yusoff (kiri sekali) ketika mengiringi Khaled Nordin sempena lawatan beliau ke Bukit Saujana.

Lawatan kerja Menteri Besar Johor ke Pangsapuri Bukit Saujana hari ini telah menyaksikan satu lagi usaha kearah mencapai sebuah pembangunan holistik terutamanya dalam industri pembinaan.

Khaled Nordin bersama peserta-peserta Skim Sewa Beli (Jauhar Prihatin) di Pangsapuri Bukit Saujana pagi ini.

Khaled Nordin bersama peserta-peserta Skim Sewa Beli (Jauhar Prihatin) di Pangsapuri Bukit Saujana pagi ini.

Di peringkat negeri, Skim Jauhar Prihatin ini telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor pada 13 Oktober 2017 sempena Eskpo Johor Berkemajuan yang lalu.

Terdapat dua perkara menarik mengenai Skim Jauhar Prihatin ini. Pertama, tiada perubahan harga dalam tempoh 5 tahun perjanjian dimana harga yang ditawarkan semasa menandatangani perjanjian sewa beli dan harga yang ditetapkan semasa perjanjian jual beli kelak adalah sama.

Kedua, skim ini mempunyai akaun simpanan pembeli (buyer’s saving) dimana 50 peratus daripada bayaran sewaan bulanan akan dijadikan simpanan kepada peserta sebagai deposit pembelian rumah selepas tamat tempoh 5 tahun sewaan yang tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

– MRR

Tinggalkan komen anda