Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Sekolah Agama Johor Menuju Era Pembelajaran Digital

By 1 Januari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 1 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri komited untuk memantapkan pendidikan agama di Johor kerana ia menjadi asas untuk mencapai matlamat dan aspirasi kerajaan. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Sekolah Agama Kerajaan Johor Fasa 5, SAKJ Bandar Seri Alam 2 hari ini .

Apabila siap kelak, SAKJ Bandar Seri Alam 2 akan dilengkapi dengan 22 bilik darjah, 2 bilik darjah tadika, blok akademik dan pentadbiran serta pelbagai kemudahan lain.

Apabila siap kelak, SAKJ Bandar Seri Alam 2 akan dilengkapi dengan 22 bilik darjah, 2 bilik darjah tadika, blok akademik dan pentadbiran serta pelbagai kemudahan lain.

Pembangunan Sekolah Agama Kebangsaan Johor Bandar Seri Alam 2 akan dibina di atas tanah berkeluasan 2.3 ekar dan dijangka siapa dalam tempoh 2 tahun. Apabila siap kelak, 4 blok bangunan ini akan menempatkan 22 bilik darjah, 2 bilik darjah tadika, blok akademik dan pentadbiran, kantin, pondok basikal dan pondok menunggu bas.

Khaled berkata perlu ada usaha meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar sekolah agama dalam soal menguasai kemahiran ‘coding’ (pengekodan).

Khaled berkata perlu ada usaha meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar sekolah agama dalam soal menguasai kemahiran ‘coding’ (pengekodan).

Di Johor, terdapat empat buah sekolah agama yang sudah diterap dengan sistem pembelajaran digital ini iaitu Sekolah Agama Al-Imtiyaz, Sekolah Agama Yahya Awal, Maahad Tahfiz Johor dan Sekolah Menengah Agama Kluang.

Dalam konteks untuk menjadikan Islam ini relevan dan memenuhi hasrat masyarakat Islam di Johor yang mahukan sekolah agama yang bersepadu, Kerajaan Negeri tidak pernah berhenti berusaha bagi melakukan transformasi kepada sekolah agama.

IMG-20180101-WA0016

Khaled Nordin berkata, bukan sahaja dari segi rekabentuk bangunan dan skim perkhidmatan tetapi perubahan yang akan berlaku termasuklah dari segi pembelajaran dan pengajian.

Oleh kerana itu Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pembelajaran melalui digital yang telah dimulakan di empat buah sekolah sebagai ujian melihat keberkesanannya.

“Pada masa yang sama, saya melihat perlunya keperluan untuk mengkaji kemungkinan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar sekolah agama dalam soal menguasai kemahiran ‘coding’ (pengekodan).

‘Coding’ ini adalah ilmu seperti pengajian matematik dan jika dikuasai dengan baik akan membolehkan pelajar-pelajar kita membangunkan pelbagai aplikasi yang mampu memudahkan kehidupan,” katanya.

IMG-20180101-WA0015

“Pembelajaran digital bermakna setiap pelajar akan dibekalkan dengan alat peranti seperti i-Pad dan segala modul pembelajaran akan dimuat naik ke dalam peranti tersebut bagi menggantikan kitab-kitab agama.

Dengan cara ini, Kerajaan Negeri berharap sesi pembelajaran di sekolah agama akan menjadi lebih menarik dan pelajar-pelajarnya ingin terus belajar dengan kaedah yang sesuai dengan keadaan di zaman digital ini.

IMG-20180101-WA0017
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Haji Abd. Mutalip Abd. Rahim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Hajah Normala Abdul Samad, Pegawai Daerah Johor bahru, Haji Md. Rofiki A. Shamsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Abd. Razak Mohd Yusoff.

MRR

Tinggalkan komen anda