Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

75 Peratus Kandungan Media Sosial Adalah Palsu

By 20 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Maherah Marina & Affendi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 75 peratus kandungan berita dalam media sosial didapati palsu menurut Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan,  Datuk Lokman Nor Adam.

Lokman turut menyarankan masyarakat di negeri ini supaya mengkaji sewajarnya berita yang disebarkan melalui media sosial dengan melayari portal sebenarnya.my yang telah diwujudkan pihak kerajaan untuk menangani fitnah berita palsu ini.

Sebahagian daripada peserta yang hadir.

Sebahagian daripada peserta yang hadir.

“Masyarakat yang sering terpengaruh dengan berita palsu sepatutnya tidak sewenangnya menyebarkan berita tersebut terutamanya apabila menyentuh tentang dasar-dasar kerajaan.

“Bagi mendapatkan berita yang sahih masyarakat di negeri ini perlu mendapatkan berita daripada sumber yang boleh dipercayai,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam majlis penerangan isu semasa yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu hari ini di Taman Tamadun Islam, di sini.

Sementara itu seorang penjawat awam, Saiful Mohamad, 45, menyifatkan penyebaran berita palsu amat serius pada masa sekarang dan tanggungjawab menangani isu ini bukan terletak pada kerajaan semata-mata.

“Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlulah menyelidiki berita tersebut dengan merujuk kepada pihak berwajib,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda