Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

900 Ekor Ayam Habis Dijual Dalam Masa Setengah Jam

By 10 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman (Johor Bahru)

 

GELANG PATAH, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Penganjuran Jualan Sentuhan Rakyat (Jualan Murah) yang julung kali diadakan di Parlimen Gelang Patah mendapat sambutan luar biasa apabila diserbu lebih kurang 3,000 orang penduduk tempatan seawal jam 7.00 pagi.

Khairi Malik (tengah), bersama pengunjung-pengunjung Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diberikan kupon diskaun sumbangan UMNO Bahagian Gelang Patah

Khairi Malik (tengah), bersama pengunjung-pengunjung Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diberikan kupon diskaun sumbangan UMNO Bahagian Gelang Patah

Ayam mentah yang siap diproses dijual kepada pengunjung dengan kadar tiga ekor pada harga RM16 ternyata menjadi tumpuan orang ramai yang terus menunggu di lokasi program untuk penghantaran bekalan ayam kali kedua menjadikan jumlah ayam mentah yang dijual pada hari ini sebanyak 3,000 ekor.

Program Jualan Sentuhan Rakyat akan diadakan di lebih banyak kawasan lain yang menjadi tumpuan orang ramai dalam Parlimen Gelang Patah - Khairi Malik

Program Jualan Sentuhan Rakyat akan diadakan di lebih banyak kawasan lain yang menjadi tumpuan orang ramai dalam Parlimen Gelang Patah – Khairi Malik

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi Malik berkata, program ini dianjurkan bagi menyediakan barangan keperluan rakyat dengan harga lebih murah dari harga di pasaran untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Program Jualan Sentuhan Rakyat ini merupakan kali pertama diadakan di Parlimen Gelang Patah dan UMNO Bahagian Gelang Patah akan terus menganjurkan program sebegini di kawasan lain yang menjadi tumpuan orang ramai dengan menyediakan lebih banyak barangan keperluan harian dengan harga murah,” jelasnya ketika ditemui wartawan semasa meninjau sambutan orang ramai di Tapak Pasar Tani, Taman Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Khairi menjelaskan, program ini mendapat kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Johor, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan pihak swasta seperti syarikat Giant dan Econsave.

Seorang suri rumah, Noraini Ismail, 62, berkata, program ini dapat meringankan tanggungan kehidupan terutamanya kepada golongan yang kurang pendapatan.

Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Gelang Patah dapat meringankan tanggungan kehidupan terutamanya kepada golongan yang kurang pendapatan – Noraini Ismail

Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Gelang Patah dapat meringankan tanggungan kehidupan terutamanya kepada golongan yang kurang pendapatan – Noraini Ismail

“Ayam di sini dijual dengan harga tiga ekor RM16 dan pihak penganjur (UMNO Gelang Patah) juga beri kupon untuk diskaun, saya sangat berpuas hati,” jelasnya lagi.

Seorang lagi pengunjung, Rosmah Saim, 46, berkata, pelbagai barangan keperluan harian dijual pada program ini juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar di luar sana.

Barang sama tetapi harga lebih murah berbanding di pasaraya-pasaraya besar di sini – Rosmah Saim

Barang sama tetapi harga lebih murah berbanding di pasaraya-pasaraya besar di sini – Rosmah Saim

“Tapi di sini harganya lebih murah dan saya tidak lepaskan peluang untuk beli barang seperti susu, milo, sardin, tepung dan biskut,” ujarnya lagi dan berharap pada penganjuran akan datang lebih banyak jenis barangan keperluan dapat dijual dengan harga murah.

– MRR

 

Tinggalkan komen anda