Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

TN50, Beri Peluang Belia Mentadbir

By 10 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

LAPORAN & FOTO : Mohammad Mahathir Abdul Halif (Sabah)

 
KENINGAU, SABAH, 010 Feb. (Malaysiaaktif) –Para pemimpin hari ini disarankan agar beri peluang golongan belia mentadbir sama ada di peringkat bawahan, pertengahan mahupun pengurusan negara.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah, Yamani Hafez Musa berkata hasrat golongan belia yang inginkan kerajaan memberi peluang kepada golongan terbabit terlibat dalam pentadbiran tertinggi kerajaan amat dialukan.

“Kerajaan wajar pertimbangkan dan ambil perhatian terhadap kemampuan golongan ini mengurus disebabkan belia sentiasa memiliki idea baharu serta sesuai dengan kehendak dan cita rasa golongan terbabit.

“TN50 adalah satu dasar yang proaktif dan moden maka perlu golongan anak muda yang merealisasikannya”, ujarnya.

TN50, Beri Peluang Belia Mentadbir

TN50, Beri Peluang Belia Mentadbir

Tambahnya, golongan belia hari ini adalah golongan yang mampu menjayakan aspirasi TN50 kerana golongan terbabit lebih celik IT dan sentiasa peka dengan teknologi terkini.

Jelasnya, banyak kajian dari Negara luar mendapati bahawa kanak-kanak lebih cepat mempelajari apa yang ada di internet dan mempraktikkannya.

“Belia sekarang lebih progresif, pantas bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.

“Apa yang perlu dilakukan ialah pemantauan dan jati diri belia agar tidak menggunakan teknologi untuk benda-benda negatif sebaliknya digunakan sebaik mungkin untuk memajukan diri sendiri dan mendapatkan informasi terkini dasar-dasar kerajaan.”

“Jadikan sumber teknologi IT ini sebagai gedung ilmu dan sumber pendapatan.

Katanya semasa merasmikan Program TN50 Bahagian Pedalaman atas Keningau di Dewan Masyarakat pada sabtu.

Hadir sama pada program tersebut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Keningau, Datuk Annuar Datuk Ayub; Ketua Pergerakan UMNO Keningau, Nik Nadzri Nik Zawawi selaku pengerusi penganjur; Duta TN50, Arthur Tan Sri Joseph Kurup; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pensiangan, Jehan Osman dan Ketua pemuda PBS Liawan Augustine Nain.

Sementara itu, Ketua Pergerakan UMNO Keningau, Nik Nadzri Nik Zawawi terharu dengan sokongan belia peringkat pedalaman atas yang hadir memeriahkan Program tersebut.

“Inilah yang kita mahu daripada para belia dan anak muda bahagian pedalaman atas.

“Sentiasa memberi sokongan dan membantu mempromosikan dasar-dasar kerajaan dan berkongsi aspirasi bersama.

“Saya jangka hanya 2000 yang hadir ke program ini, tetapi tidak menduga kehadiran mencecah lebih tiga ribu belia yang hadir.

“Sesungguhnya saya amat terharu dan membuatkan saya semakin bersemangat untuk membantu para belia diperingkat akar umbi”, katanya semasa ditemui selepas pelaksanaan program terbabit.

Peserta, Mohd Dhihya Sahlan, 28, turut meluahkan perasaan seronok dan bangga melihat kehadiran dan semangat para belia di daerah berkenaan.

Mohd Dhihya Sahlan

Mohd Dhihya Sahlan

“Saya sebenarnya terkejut melihat semangat belia yang hadir ke program ini dan ini menunjukkan bahawa belia hari ini terutama di pedalaman atas bersedia menghadapi gelombang revolusi industry moden”, ujarnya.

Katanya lagi, pada program ini saya dapat berkongsi aspirasi dengan para belia yang aktif dengan gerakan usahawan dan juga program-program yang melibatkan belia.

“Saya sebenarnya antara belia yang aktif dengan sukarelawan terutamanya di daerah keningau sendiri, walaupun terdapat kekangan tugas tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak mampu bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti belia.

Dhihya berharap para belia terus memperhalusi aspirasi, faham dan bertindak bagi mencorak masa depan negara, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk generasi akan datang dengan visi dan wawasan.
– MRR

Tinggalkan komen anda