Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuan

BN Labuan Perbanyak Sentuhan Masyarakat Cina

By 4 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / foto : Mohd Faizal Mansor / Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN 3 Feb (Malaysiaaktif) – Parti Barisan Nasional (BN) Labuan melalui parti-parti komponen nya, MCA dan Gerakan akan memperbanyakan program mendekati masyarakat cina, khususnya di Labuan.

Menurut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, antara yang dirancangkan termasuk inisiatif mendekati masyarakat cina.

“Dalam suasana sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba ini beberapa sumbangan diberikan kepada tokong-tokong cina dan persatuan tarian singa dalam semangat perpaduan,” ujarnya ketika merasmikan Karnival Tahun Baru Cina 2018 di Plaza LCCC Sungai Keling, di sini malam tadi.

Tambahnya lagi BN Parti Barisan Nasional sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat untuk seluruh~semua kaum ~yang ada di Labuan ini melalui projek pembangunan yang telah dan sedang direncanakan. di Pulau Bebas Cukai tersebut.

“Melalui pengumuman pembinaan jambatan Labuan-Sabah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri nama penuh ketika melancarkan Rangka Pembangunan Labuan 2030 baru-baru ini, ia merupakan game changer antara perubahan kepada pulau ini yang akan memberikan pelbagai limpahan manfaat.

“Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang pertama di Labuan akan dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu PPR Batu Arang Labuan melibatkan pembinaan 500 unit rumah pangsa yang juga merupakan projek untuk semua kaum di Labuan,” kata Rozman lagi.

Pada majlis itu juga Rozman turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM3 Juta dari daripada kerajaan pusat kepada dua sekolah Cina, iaitu SJK (C) Chung Hwa dan SJK (C) Chi Wen.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda