Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Hasil Mozek Terbuang

By 15 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 15 Feb (Malaysiaaktif) –  Minat serta kreaitviti yang terdapat pada seseorang itu boleh menghasilkan sesuatu yang baik sama ada dalam bentuk gubahan, ukiran dan sebagainya yang boleh dipasarkan dan menjadi pendapatan sampingan.

Bagi Wan Ngah Wan Ribuaan, 65, lebih dikenali dengan panggilan Ayah Wan yang menetap di Kampung Landas, Ajil, di sini, menjadikan serpihan mozek terbuang sebagai asas untuk menghias rumah beliau.

Bahagian ruang tamu yang turut ditampal mozek menjadikan ruang tersebut cukup unik.

Bahagian ruang tamu yang turut ditampal mozek menjadikan ruang tersebut cukup unik.

“Saya menjadikan mozek terbuang sebagai hiasan kerana bahan berkenaan boleh diperolehi dengan dengan harga murah di kedai dan secara percuma di tapak pembinaan dan di rumah persendirian.

“Saya memasang mozek mengikut citarasa sendiri di ruang tamu, bilik solat, ruang makan dan di anjung,” jelasnya ketika ditemui Malaysiaaktif di kediamannya semalam.

Ayah Wan turut menjadikan serpihan mozek ini sebagai rak di satu sudut di ruang rumahnya untuk meletakkan barang-barang klasik.

Menurut Ayah Wan, beliau mula berjinak dengan hiasan mozek ini sejak 10 tahun yang lalu apabila melihat banyak mozek yang dibuang begitu sahaja dari tapak-tapak pembinaan.

Rumah beliau menjadi tarikan dan tempat persinggahan orang ramai yang datang ke kampung berkenaan untuk melihat keunikan dan kehalusan pemasangan serpihan-serpihan mozek terbuang.

– SH

 

Tinggalkan komen anda