Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pos Brooke Dapat Dewan Bernilai RM500,000

By 24 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Idris Deraman & Erzufariza A/P Zulkifly

GUA MUSANG, 24 Feb (Malaysiaaktif) –
Impian penduduk Pos Brooke yang inginkan sebuah dewan untuk kemudahan pelbagai aktiviti akhirnya menjadi kenyataan setelah siapnya Dewan Orang Ramai yang bernilai RM500,000.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan masyarakat Pos Brooke haruslah bersyukur kerana peruntukan yang besar untuk pembinaan dewan ini telah diluluskan bagi memudahkan masyarakat di kawasan ini melakukan pelbagai aktiviti dan program.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir.

“Selain itu, kawasan Pos Brooke yang dahulunya hutan telah dibina dan dibekalkan dengan pelbagai kemudahan seperti rumah, elektrik, dan air bahkan sekarang dibina pula dewan.

“Pembinaan ini telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan menelan belanja sehingga setengah juta Ringgit untuk kemudahan 2330 orang penduduk di kawasan Pos Brooke.

“Kita juga haruslah berterima kasih kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan kerana telah bersusah payah mengurus dan menjayakan pembinaan ini,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Abdul Aziz Yusof turut berkata masyarakat disini haruslah berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana tanpa kerajaan yang cakna dan peka kepada rakyat maka tiada pembangunan untuk kemudahan dan kemajuan rakyat.

“Sebagai contoh 2 tahun lepas kerajaan membina asrama untuk pelajar orang asli yang menelan perbelanjaan sebanyak RM1 juta demi memastikan masyarakat di kawasan ini tidak ketinggalan dalam arus pendidikan.

“Dan sekarang pembinaan klinik sedang dijalankan dengan perbelanjaan sebanyak RM17 juta untuk kemudahan masyarakat di kawasan ini dan tidak perlu lagi bersusah payah untuk pergi klinik yang jauh ketika sakit,” ujarnya.

Pengerusi JKKP Brooke, Isa Alang, ternyata amat gembira dengan pembinaan dewan ini.

“Dengan adanya dewan sebegini, kami mampu melakukan program dan aktiviti untuk mengeratkan silaturahim 18 kampung yang berada di kawasan Pos brooke ini dan tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan lagi masalah tempat untuk melakukan aktiviti,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda