Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Limau Mandarin dan Angpau Eratkan Perpaduan

By 15 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Laporan dan foto : Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

 

TUMPAT, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Buah limau antara simbolisme sambutan Tahun Baharu Cina yang merujuk kepada nasib yang lebih baik kerana warnanya yang terang dan cerah.

Bagi lebih 100 keluarga Cina dari Kampung Kebakat dan Kampung Kulim di sini, buah limau merupakan sentuhan seiring perayaan tersebut sempena Program Cinta Negara Bersama Masyarakat Cina di kediaman Pengerusi Persatuan Cina Wakaf Bharu, Tio Hock Hin semalam.

Acara sentuhan rakyat inisiatif Jabatan Penerangan Daerah Tumpat ini menyaksikan anggota masyarakat Cina di sini berkumpul mesra memaparkan semangat perpaduan yang mencerminkan keamanan negara.

Rosdi (kanan) menyampaikan sumbangan di sini semalam.

Rosdi (kanan) menyampaikan sumbangan di sini semalam.

Menurut Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abd. Aziz Tahun Baharu Cina disambut bukan hanya oleh masyarakat Cina, malahan juga oleh masyarakat bukan Cina.

“Sumbangan buah limau dan angpau pada hari ini simbol perpaduan antara kaum yang diteruskan demi negara,”katanya ketika merasmikan program tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Tanpa Mukim Kampung Kebakat, Chua Hock Hua, 48, berkata melalui program ini pemimpin tempatan dapat turun padang untuk berjumpa dengan masyarakat Cina dan menyampaikan sumbangan agar sambutan perayaan ini dapat dirasai bersama.

Penerima sumbangan, Chuwa Beng Ng, 52, berasa terharu dengan sumbangan ini dan berharap agar program seumpama dapat diteruskan setiap tahun.

Turut hadir Penolong Pengarah Cawangan Perancangan Strategik dan Penyelidikan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Azmee Mohamed Noor dan Pegawai Penerangan Daerah Tumpat, Wan Buhari Wan Abd. Razak.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda