Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Perjuangan Karyawan Di Hargai

By 28 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto : Jusman Hedoh (Sabah)

 

TAWAU, SABAH, 27 Feb. (Malaysiaaktif) – Perjuangan dan hasil usaha para karyawan seni di daerah berkenaan di hargai pada majlis Malam Santai Karyawan Seni pada selasa.

Seramai lebih 20 karyawan yang aktif berhimpun di salah buah hotel dekat sini sebagai tanda terima kasih atas sokongan berkenaan.

Nizam menyampaikan penghargaan kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut

Nizam menyampaikan penghargaan kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata tahniah atas usaha berterusan menganjurkan program sebegini kerana pelaksanaan aktiviti ini mampu mengangkat martabat seorang karyawan.

“Penghargaan ini juga mampu menyemai dan menanam semangat kecintaan kepada karya sastera dan teater yang dihasilkan.

“Selain itu, melalui karya tersebut sudah pasti ia banyak menyumbang kepada pembentukan minda masyarakat serta dapat melahirkan insan cerdas, cergas, berwawasan dan berjiwa patriotik,” katanya.

Nizam berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis malam santai karyawan seni pada selasa malam di sebuah hotel disini.

Nizam berharap melalui program seumpama ini ia akan dapat melahirkan lebih ramai karyawan dalam industri tanah air.

Katanya lagi, para karyawan juga harus terus mempertajamkan hasil seni agar kualiti seni mampu menggegar dunia seni tanah air bukan sahaja dalam negara malah turut dikagumi pengiat seni antarabangsa.

Tambahnya, sesungguhnya melalui program julung kalinya ini ianya juga suatu tanda bersejarah kearah pengukuhan ikatan silaturrahim dan pengwujudan semangat kekitaan.

“Semoga karyawan dari daerah ini terus memberikan sumbangan karya dalam usaha memertabatkan seni di kalangan masyarakat dan mampu menjadikan daerah ini salah satu destinasi kelahiran bakat seni tanah air,” ujarnya.

Pada program tersebut Nizam turut menyampaikan penghargaan kepada para karyawan yang pernah mencipta nama di peringkat daerah, negeri dan Nasional.

Di antara mereka yang menerima penghargaan tersebut ialah Hassan Hj. Saprin, Mohd Ayaz Khan Yunus Khan, Ramlee Sulaiman, Haji Sani Bahari, Hamisah Mohd Yassin dan Nurul Nurarsyidah Amat Yani.

  • MRR

Tinggalkan komen anda