Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Wanita Pertama Pemerintah Kapal APMM

By 16 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN : Pai Syahira Yahya (Kuantan)
FOTO : Ahmad Suhailan Mat Piah

KUANTAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Berbekalkan semangat arwah ayah, wanita berusia 35 tahun telah dinobatkan sebagai Pegawai Memerintah Kapal wanita pertama di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Arwah abah saya merupakan Pegawai Waran TLDM maka menyertai pasukan keselamatan negara adalah menunaikan impian dan kehendak ibu,” ujar wanita kelahiran Perlis yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik.

 

Leftenan (M) Aida Arzahari di AMSAS

Leftenan (M) Aida Arzahari di AMSAS

Leftenan (M) Aida Binti Arzahari dilahirkan pada 20 Januari 1983 merupakan graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM melangkau bidang setelah menyertai perkhidmatan awam bermula 12 April 2012.

Antara cabaran utama yang pernah dirempuhi adalah menyertai misi di perairan Sabah selama sebulan selepas bergelar graduan jurusan perakaunan,

“Selain daripada berada dalam karier yang didominasi oleh lelaki, cabaran utama adalah berubah dari bidang perakaunan ke bidang keselamatan apabila bertugas di laut selama 30 hari menyertai misi”, ujar beliau yang akan melapor tugas di kapal KM Nyalau DM3 di Lumut, Wilayah Maritim Utara pada 19 Februari kelak.

Leftanan (M) Aida dinobatkan Pegawai Memerintah Kapal wanita pertama di APMM

Leftanan (M) Aida dinobatkan Pegawai Memerintah Kapal wanita pertama di APMM

Detik sejarah pengnobatan Leftanan (M) Aida disaksikan dalam upacara Perbarisan Hari Ulang Tahun Maritim ke 13 serentak dengan acara Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Muda Maritim siri 9/2017 dan Bintara Muda siri 1/2017.

IMG-20180216-WA0028

Majlis penuh istiadat disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim pagi semalam melibatkan 310 anggota dari lapan plantun dan 73 pelatih tamat latihan asas.

Turut hadir Ketua Pengarah Maritim Malysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar di Akedemi Maritim Sultan Haji Ahmad Shah (AMSAS).

– MRR
Acara Perbarisan tamat Latihan Pegawai Muda Maritim siri 9/2017 dan Bintara Muda siri 1/2017 di sambutan Hari Ulang Tahun Maritim Malaysia ke 13

Tinggalkan komen anda