Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Bekalan Air Mencukupi Untuk Rakyat Negeri Sembilan

By 23 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan : Parimala Devi Suppiah                   Foto : Mohd Shazreen Suradi (Jelebu)

JELEBU,  23 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, telah merasmikan Empangan Sungai Triang yang bakal membekalkan sumber air mentah kepada penduduk di Seremban, di sini semalam.

Projek pembinaan empangan tersebut yang bernilai RM148 juta ini termasuk dalam Skim Bekalan Air Sungai Triang yang merangkumi lima pakej dengan kos keseluruhan RM512 juta merangkumi terowong sejauh 12.5 kilometer, pembinaan muka sauk Petaseh dan pemasangan air mentah pada tahun 2007 dan 2015.

Mohamad menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan Empangan Sungai Triang, semalam.

Mohamad menunjukkan isyarat bagus selepas merasmikan Empangan Sungai Triang, semalam.

“Empangan ini mampu membekalkan air mentah berkapasati 110 juta gelen air sehari bagi penggunaan kawasan Seremban berbanding sebelum ini yang hanya mampu mendapat bekalan air mentah sebanyak 77 gelen sahaja.

“Selain daripada penambahan margin bekalan air mentah bagi kawasan Seremban, ia juga mampu mengurangkan gangguan bekalan air yang sering berlaku di kawasan Mantin, Lenggeng, Nilai, Bandar Enstek dan Sendayan,” kata Mohamad ketika merasmikan Empangan Sungai Triang.

Mohamad turut berkata, pembinaan empangan ini adalah asas bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk diproses dan dirawat bagi membekalkan air ke kawasan Seremban dan sekitarnya.

“Paras air di empangan ini mampu bertahan sehingga tujuh bulan sekiranya berlaku musim kemarau di masa akan datang.

“Reka bentuk sistem bekalan air mentah sedia ada sebelum ini hanya mampu bertahan sehingga tahun 2015 sahaja berikutan kebergantungan penggunaan air mentah dari Empangan Talang dan Kelinchi bagi agihan kawasan Seremban berikutan penurunan paras empangan berkenaan.

“Hasil daripada pembinaan empangan ini juga dapat membantu kerajaan negeri dalam menyediakan infrastruktur bekalan air mentah sehingga tahun 2020 seperti yang disyaratkan bagi Kelulusan Kebenaran Merancang bagi kawasan Malaysia Vision Valley (MVV).

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Haji Mat Ali Hassan, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang serta ADUN Sungai Lui.

– SH

 

Tinggalkan komen anda