Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Derma Darah, Giatmara Kimanis Ajak Pelatih Kongsi Kepentingannya 

By 16 Mac 2018Mac 18th, 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan foto : Dzulhardey Shah Abdullah @ Hamidey (Sabah)
MEMBAKUT, SABAH, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Keperluan Hospital di seluruh negara terhadap simpanan tabung darah semakin meningkat saban tahun, berikutan kepesatan pembangunan dan peningkatan rawatan yang memerlukan bekalan berkenaan.

Para pelatih beratur untuk mendaftar sebagai penderma darah.

Para pelatih beratur untuk mendaftar sebagai penderma darah.

Menyahut kepada perlunya masyarakat terus menyumbang terhadap peningkatan keperluan darah ini terutama di kalangan belia, Pusat Giatmara Kimanis menyusuri memberi pendedahan berkenaan kepada para pelatihnya.

Pengurus Giatmara Kimanis, Hasim Sidek

Pengurus Giatmara Kimanis, Hasim Sidek

Pengurus Giatmara Kimanis, Hasim Sidek berkata, Giatmara amat komited membantu meningkatkan tahap kesedaran terhadap pentingnya belia menderma darah.

“Giatmara merupakan suatu institusi yang melatih para pelatih terhadap pelbagai bidang termasuk bidang-bidang yang mempunyai risiko merbahaya seperti binaan dan sebagainya.

“Oleh itu, adalah penting para pelatih berkenaan turut didedahkan dengan aspek kesihatan dan kerjasama bersama Hospital Beaufort ini salah satu aktiviti kesedaran kepada para pelatih kearah menyokong serta menggalakkan belia pentingnya menderma darah,” ujarnya.

Hasim berkata demikian semasa ditemui pada aktiviti kerjasama kempen derma darah bersama Hospital Daerah Beaufort di pusat giatmara berkenaan pada jumaat.

Para pelatih mula menderma disamping rakan-rakan lain yang turut menunggu giliran menderma.

Para pelatih mula menderma disamping rakan-rakan lain yang turut menunggu giliran menderma.

Tambahnya lagi, melalui kerjasama ini para pelatih dari seusia belia ini dapat diberi pendedahan agar terus menderma kerana menderma darah ini dapat membantu ramai pesakit yang memerlukannya.

WhatsApp Image 2018-03-16 at 17.39.22

“Golongan belia ini perlu ditanam dengan sikap suka menderma darah, kerana dengan menderma banyak nyawa dapat diselamatkan dan dapat membantu pesakit yang memerlukan.

“Semoga usaha dapat meningkatkan lagi kesedaran belia terhadap kepentingan derma darah ini, saya yakin golongan muda ini mendapat manfaatnya,” katanya.

SAYA PENGIKRAR PENDERMA ORGAN...........Cikgu Suffian Meramza mengambil peluang untuk mendaftar diri sebagai pengikrar.

SAYA PENGIKRAR PENDERMA ORGAN………..Cikgu Suffian Meramza mengambil peluang untuk mendaftar diri sebagai pengikrar.

Pada program berkenaan seramai 56 pelatih terlibat dalam Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh Hospital Beaufort, bertempat di Giatmara berkenaan.

Pelatih Muhammad Adzim ketika ditemui berkata, ini merupakan kali pertama saya menderma darah.

Muhammad Adzim

Muhammad Adzim

“Rasa teruja dan bersyukur kerana dapat menyumbang kepada keperluan tabung darah dan saya berharap tindakan ini dapat memberi galakan kepada rakan-rakan lain untuk sama menderma.

Pelatih Nurul Ashikin berkata, dia gembira dapat menderma darah pada program ini dan sejujurnya memang merasa takut.

Nurul Ashikin.

Nurul Ashikin.

“Bukan takut tengok darah tapi takut kena jarum, tapi pada program ini ketakutan tersebut bukan penghalang untuk saya menderma darah,”katanya.

Program tersebut turut mendedahkan para pelatih dan tenaga pengajar terhadap pemahaman sebenar pentingnya aktiviti berkenaan dan turut memperjelaskan kepada kempen pengikrar pendermaan organ dan Kempen Tak Nak Merokok.

Tenaga Pengajar, Suffian Meramza merakamkan penghargaan atas maklumat yang diberikan dan kesedaran terhadap kepentingan menjadi pengikrar pendermaan organ.

“Sebelum ini saya memang tahu ada kempen mengenainya tetapi tidak jelas terhadap pelaksanaannya.

 “Jadi berikutan aktiviti ini turut mendedahkan terhadap ikrar penderma organ ini ia beri kesedaran apa yang dimaksudkan penderma organ.
UJIAN TAHAP KARBON MONOKSIDA DALAM BADAN……keterujaan para pelatih untuk mencuba alat pengukur tahap karbon monoksida dalam badan disamping nasihat kesihatan dari petugas kesihatan.

UJIAN TAHAP KARBON MONOKSIDA DALAM BADAN……keterujaan para pelatih untuk mencuba alat pengukur tahap karbon monoksida dalam badan disamping nasihat kesihatan dari petugas kesihatan.

“Atas kesedaran ini maka saya mengambil peluang tersebut untuk mendaftar diri sebagai pengikrar penderma organ dan saya berharap rakan-rakan lain turut mendaftar,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menderma darah adalah digalakkan untuk datang terus ke Unit Tabung Darah Hospital Beaufort yang beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pegawai Tabung Darah di talian 087-212 333.

  • MRR

Tinggalkan komen anda