Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kesedaran Kepentingan Derma Darah Seusia Remaja

By 7 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto :  Dzulhardey Shah Abdullah @ Hamidey (Sabah)

 

MEMBAKUT, SABAH, 07 Mac (Malaysiaaktif) – Tahap Kesedaran masyarakat menderma darah di negeri ini sebenarnya masih berada pada tahap yang rendah dan kurang memberangsangkan.
3
Punca kepada kurangnya tahap kesedaran ini adalah faktor keinginan untuk menderma kerana terdapat berbagai spekulasi menderma antaranya adalah fobia terhadap jarum serta tiada masa untuk menderma.

Kesedaran penduduk kampung dalam menyahut seruan kempen derma darah yang diadakan pada program berkenaan

Kesedaran penduduk kampung dalam menyahut seruan kempen derma darah yang diadakan pada program berkenaan

Justeru, tindakan Kampung Brunei di daerah membakut ini wajar menjadi contoh kepada masyarakat kerana kesedaran kepentingan menderma darah ini wajar dimulai di peringkat usia remaja lagi.

Normaisarah Ramzan

Normaisarah Ramzan

 

Penderma, Normaisarah Ramzan berkata, generasi muda perlu terus diberi kesedaran terhadap kepentingan menderma darah.

“Remaja atau belia wajar didedahkan dengan kepentingan menderma darah kerana ramai remaja dan belia hari ini terlalu takut untuk menderma kerana takut akan jarum.

“Ketakutan ini menyebabkan ramai remaja atau belia tidak berani untuk menderma sedangkan menderma darah ini penting bagi membantu para pesakit yang memerlukan sumbangan darah dari masyarakat,” ujarnya.

Awang Satia Yusop

Awang Satia Yusop

Penduduk kampung, Awang Satia Yusop berkata tamu kampung yang diadakan ini memberi banyak manfaat kerana ia memberi peluang penduduk kampung memahami kepentingan menderma darah.

“Tamu ini membolehkan kami di kampung ini berpeluang mengalami sendiri proses menderma darah dan lebih menjadi harapan apabila terdapat kalangan remaja atau belia yang didedah dengan proses menderma ini sebagai galakan kepada generasi terbabit,” katanya.

Mat Tahir Timbang

Mat Tahir Timbang

Penderma darah lebih 11 kali, Mat Tahir Timbang berkata menderma darah ini perlu ada rasa simpati dan ingin menolong untuk menderma.

“Ini kerana soal takut akan jarum itu hanya mainan perasaan tetapi setelah kita pernah menderma ia memerlukan sokongan berterusan untuk kita sedar bahawa menderma darah itu adalah suatu kemestian bagi membantu individu yang memerlukan,” jelasnya.

Bersempena tamu kampung berkenaan sebanyak 58 pain darah berjaya dikumpul pada aktiviti Kempen Derma Darah yang diadakan di kampung terbabit pada sabtu.

Kempen anjuran bersama Jawatankuasa Penganjur Tamu Bulanan Kg.Brunei Membakut dan Hospital Beaufort itu melibatkan komuniti setempat yang berkunjung ke tamu bulanan sambil menderma darah.

PROSES PENDAFTARAN…….antara penduduk yang mendaftar untuk menderma darah

PROSES PENDAFTARAN…….antara penduduk yang mendaftar untuk menderma darah

Selain menderma darah para pengunjung turut berpeluang mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh KOSPEN Kg.Brunei.

Rekod menunjukkan ramai di kalangan penduduk kampung berkenaan aktif menderma dengan kekerapan menderma lebih enam kali dan penderma termuda pada tamu tersebut adalah lingkungan umur 17 tahun.

MENCUIT HATI........reaksi mencuit hati dari wajah kalangan penderma remaja

MENCUIT HATI……..reaksi mencuit hati dari wajah kalangan penderma remaja

Bagi mana-mana individu yang ingin menderma darah bolehlah berhubung terus dengan Unit Tabung Darah Hospital Beaufort yang beroperasi dari hari isnin sehingga jumaat bermula pukul lapan pagi sehingga lima petang atau menghubungi terus pegawai yang bertugas di talian 087-212333.

  • MRR

Tinggalkan komen anda