Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

153 Individu Terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

By 8 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Toslin Meyub & Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 153 penerima telah dianugerahkan darjah kebesaran negeri pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, semalam.

Mendahului penerimaan pingat, Awangku Jawa @ Pengiran Jawa Pengiran Amzah, 89, merupakan pengasas Parti BERJASA di Lawas pada era 1960-an, dan pernah berkhidmat sebagai kaunselor di Majlis Daerah Lawas selama lebih 20 tahun, yang dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Johan Bintang Sarawak (JBS).

Enam penerima dianugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS), Profesor Dr. Othman Bojo, Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Abu Bakar Ibrahim, Ramlee Yatim, Elesabet Paya Wan dan Anna Ng Fui Choo.

Sementara itu, Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) telah dianugerahkan kepada 22 penerima manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS) telah dianugerahkan kepada 11 penerima.

Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (ABK) pula telah dianugerahkan kepada 24 penerima manakala Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) 34 penerima dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (BBS) 44 penerima.

– SH

Tinggalkan komen anda