Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaWilayah Persekutuan

KKMM Lakar Pelbagai Pencapaian Terbaik Sepanjang 2017

By 15 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto : Azrene Mohd Noor ( Putrajaya )

PUTRAJAYA, 15 Mac 2018  ( Malaysiaaktif ) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia                       ( KKMM) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melakar beberapa kejayaan yang amat membanggakan pada tahun 2017.

“ Kejayaan yang dikecapi sepanjang tahun 2017 tidak mungkin boleh dicapai tanpa kerjasama yang utuh dan komitmen kerja yang tinggi antara kita ,” Demikian menurut Timbalan Menteri KKMM , Datuk Sri Jailani Johari ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKMM 2017, di PICC Putrajaya pagi tadi.

WhatsApp Image 2018-03-15 at 14.25.50 (2)

“ Antara pencapaian-pencapaian yang dilakar oleh KKMM pada tahun lepas ialah Program Menghubung Menyatu yang merupakan satu initiatif KKMM dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan dan syarikat swasta dimana lebih 456,000 penduduk di kawasan pendalaman seluruh Malaysia dihubungkan menerusi program ini”.

Menerusi ucapannya, beliau turut mengatakan KKMM telah berjaya mengekalkan pencapaian Significantly Exceeding Target dari segi pengurusan kewangan dan pembangunan Kementerian.

Tambah Jailani, Kementerian ini juga telah menghasilkan Dokumen Communications & Multimedia Blueprint 2018-2025 bagi hala tuju Strategik Sektor Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata, “ Kita telah menyenaraikan enam strategi dalam menepati mantera Kementerian iaitu mendigitalkan dan merakyatkan.

Enam strategi tersebut adalah menghubung rakyat, mengukuhkan kepercayaan, mempergiat keterlibatan, memacu inovasi, memangkin kreativiti dan memperkasakan bakat.”

Beliau turut menyeru agar penjawat awam menjadi lebih cepat, efisien dan berintegriti dalam melaksanakan urusan pentadbiran kerajaan dan turut berterima kasih atas sokongan dan kerjasama padu dalam merealisasi dan menjayakan misi dan visi Kementerian.

WhatsApp Image 2018-03-15 at 14.25.50

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyerahkan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) kepada 685 warga KKMM, Jabatan dan Agensi .

WhatsApp Image 2018-03-15 at 14.25.51 (2)Antara penerima sijil APC dari Jabatan Penerangan Sabah, Fauzrina Bulka, 37 , berkata , “Ini merupakan hadiah terbaik yang saya terima selepas genap 10 tahun bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia, 8 tahun di Melaka dan dua tahun di Sabah.

Untuk menjadi cemerlang juga kita harus berani menghadapi perubahan. Dengan perubahan itu juga kita dapat mencungkil potensi diri, yang mungkin selama ini kita tidak tahu yang kita punya bakat disitu.

Maka, kunci kejayaan, buat sahaja dan usah berikan alasan, ” ujarnya.

Tambah beliau, “Saya ingin berterima kasih kepada Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling kerana membuka peluang pada saya dan penghargaan khas buat keluarga dan suami, Heznan Hassan yang sentiasa menjadi tulang belakang saya.”

WhatsApp Image 2018-03-15 at 14.25.51Seorang lagi penerima sijil APC, Mohd. Faizal Mansor, yang juga merupakan wartawan Malaysia Aktif turutmelahirkan perasaan gembira dan syukur kerana ini merupakan kali kedua beliau menerima pengiktirafan ini.

“Saya berada di Japen Labuan selama hampir dua tahun khususnya melasanakan tugasan pelapor dalam menyumbangkan artikel mengenai Labuan.

Ini merupakan pembakar semangat khususnya dalam memberikan bakti kepada Jabatan Penerangan Malaysia dan supaya lebih komited dalam menjalankan tugasan yang diberikan. “

WhatsApp Image 2018-03-15 at 14.25.50 (3)

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKMM 2017 turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua-ketua Jabatan di bawah KKMM.

– AZR

Tinggalkan komen anda